Kita petik komen pembaca dalam Detikdaily:
Re: Teruk sangat ke taraf hidup rakyat sekarang? (Score: 1) by Norhayati on Wednesday, February 16 @ 05:46:59 PST |
Memang sememangnya teruk, saya sekarang ni kalu benda tu x penting, saya xkan beli, 15thn dulu kalu dapat gaji leh lah makan luar ngan anak2, la ni nak makan luar pun fikir dua kali, kat ofis pun la ni punya nak jimat, belilah nasi lemak sebelah pagi dlm rm2 utk makan tghari, kalu nak kira makan pgi, tengahari,siap tambang kat kl ni mahu rm15 sehari, gaji x seberapa tp perbelanjaan berlebih2, nak simpan rm10 pun susah la ni, depa kat atas tu apa yg tahu, tahu nak naik harga barang je, buat projek sana, projek sini, manafaat nya tah sapa yg dapat, deme je yg kaut untung komisyen, hai bilalah PR nak ambilalih dr mereka yg x tau memerintah, tp dlm dok teruk2 memerintah, masih ada gak juak2 yg dok bagi undi kat depa ni, tak tau apa nak jadi ngan negara ni, sampai teruk cam kat mesir, baru depa nak sedaq kot... |
______________________________________________
Lihatlah sekeliling diri, amat-amati, renungi dalam-dalam.
Apakah kesudahan kita?
Apakah kita hanya melihat tapi berdiam diri?
Apakah ini semua benar?
Apakah ini cerita yang diada-adakan?
(Kalaulah kita kroni yang tidak lagi dapat mengira berapa banyakkah yang boleh lagi masuk, kita jadi pelik. Kau melarat? Kau nak makan pun fikir dua kali?
Kau betul-betul teruk, kau kenalah kerja rajin-rajin. Ini ― kau malas...
Dia bercakap begitu kerana dia tidak lagi jijak di bumi yang nyata. Duit bukan lagi masalahnya. Yang menjadi masalahnya, ialah berapa besar lagi yang nak masuk)
_______________________________________________
Lalu, kita bertanya ― apakah yang paling minima yang dapat kubuat?
Berdiam diri?
Menjadi pemerhati?
Adakah ini kesudahannya?
Kita ― hanya sekadar melihat?
Bercakap, bercakap, bercakap dan bercakaplah tentang penderitaan kita dan mereka yang dalam lingkungan kita. Kita bercakap untuk memanjangkan, dan menyebarkan maklumat.
Maklumat kesusahan kita, rakyat jelata yang mesti diketahui oleh Ahli Parlimen yang mewakili kita.
Bolehkah kita lakukan itu?
Ingatlah:
Mendiamkan diri bermakna - kita redha membenarkan semua ini berterusan.
No comments:
Post a Comment