| Dalang dan karyanya Dari Detikdaily: Mahasiswa bangkit amaran awal IPTA perlu dinamik Wednesday, February 23 @ 16:40:46 Oleh G. Manimaran Kekecohan di kampus induk Universiti Putra Malaysia semalam sememangnya tidak pernah disaksikan selama ini. Ribut politik mahasiswa yang melanda Universiti Putra Malaysia, salah satu universiti tertua di negara ini, kelihatan reda dengan begitu cepat. Tidak sampai 24 jam — ribut yang bertiup kencang berakhir dengan penyelesaian segera. Pengurusan Universiti Putra Malaysia menyelesaikan isu yang muncul ini dengan cepat tetapi terpaksa tunduk kepada desakan pelajar-pelajar yang kecewa dengan keputusan membatalkan kelayakan calon-calon yang bertanding — jumlah yang ramai dalam sejarah universiti itu. Maklumat diperoleh menunjukkan keputusan pembatalan status calon termasuk yang menang dilakukan tanpa inkuiri yang sewajarnya — bermakna adil dan seimbang — memberikan peluang kepada pengadu dan pihak yang diadu. Satu aduan membawa kepada pembatalan 33 pelajar, kata seorang pemimpin yang dihubungi The Malaysian Insider. Ini bukan kali pertama “krisis” pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) menjadi perhatian khususnya di UPM yang dahulunya dikenali sebagai Universiti Pertanian Malaysia. Ada pelajar yang sanggup bermalam di Bangunan Canselori Universiti Putra Malaysia untuk mendapatkan pembelaan daripada Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar, yang akhirnya membawa kepada kekecohan ekoran perubahan pendirian keputusan yang dicapai dalam menyelesaikan isu berkenaan. |
Ini pula dari versinya Utusan Online:
Mahasiswa UPM tidak matang
KUALA LUMPUR 23 Feb. - Tindakan kira-kira 200 mahasiswa mengadakan demonstrasi di hadapan pintu masuk utama Bangunan Pentadbiran Universiti Putra Malaysia (UPM) selepas bantahan mereka berhubung keputusan pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) ditolak, menunjukkan ketidakmatangan mereka sebagai golongan terpelajar.
Perhimpunan itu yang mulanya berlangsung secara aman bertukar agresif sehingga ada pengawal keselamatan yang cedera dan pintu bangunan rosak gara-gara diasak oleh kumpulan tersebut.
Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar UPM, Prof. Dr. Mohd. Fauzi Ramlan berkata, meskipun pihak universiti melihat demonstrasi itu sebahagian proses membentuk kematangan, namun ia memperlihatkan perkembangan tidak sihat apabila melibatkan keganasan.
"Universiti membuat keputusan tidak akan mengenakan sebarang tindakan terhadap mahasiswa tersebut, sebaliknya menyerahkan kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan dan mengambil tindakan lanjut berhubung insiden itu," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Berikutan kejadian tersebut, Bahagian Keselamatan UPM membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang untuk tindakan selanjutnya.
Dr. Mohd. Fauzi turut kesal dengan campur tangan mahasiswa daripada universiti lain yang turut serta membantah keputusan pemilihan MPP UPM itu.
Jelasnya, campur tangan pihak luar hanya akan menjadikan perkara tersebut lebih rumit.
Beliau yang turut bersetuju dengan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin meminta semua mahasiswa menghormati keputusan pemilihan MPP tersebut.
Semalam, Mohamed Khaled meminta keputusan pemilihan tersebut dihormati kerana ia ditentukan oleh para pelajar selaku pengundi.
_____________________________________
Kata orang, setiap keping duit siling itu memiliki dua wajah ― ‘sin’ dan ‘kong’nya.
Atau kalau mahu lebih meriah, orang selalu membawa contoh gajah. Paradigmanya menjadi lebih meriah kerana di sana, ada orang yang ‘melihat’ tali, dinding, kipas dan tiang...
Apakah iktibarnya, atau mengikut lingonya orang-orang sekarang ini, apakah moral ceritanya?
Kita tak boleh lagi selalu beranggapan bahawa yang kita lihat setiap hari itu adalah langit yang biru. Apakah kita yakin bahawa itu bukannya tempurung?
ii.
Sudahkah tuan dengar cerita tentang betapa bersusah payahnya kerajaan yang prihatin dengan rakyat ini, mahu mengekalkan harga RON 95 supaya terus kekal - walaupun kerajaan yang baik-baik ini, terus saja bergelut dan resah dengan harga minyak dunia yang semakin meningkat?
Ada lagi satu aspek hasil bumi kita ini yang TIDAK PERNAH mereka ceritakan (?): Sebagai negara pengeluar minyak, apakah kita TIDAK mendapat SEDIKIT pun manfaat pun daripada kenaikan harga minyak dunia itu?
Atau kita telah lama menjual minyak itu tatkala minyaknya masih nongkrong di perut bumi?
Kita tak faham ekonomi. Apakah begitu ceritanya?
Atau apakah aspek-asepk seperti ini hanya layak untuk pengetahuan orang-orang besar yang menjaga khazanah negara saja?
Atau tuan telah tahu bagaimana hasil minyak itu diurus oleh Petronas?
Atau tuan juga tidak layak mengetahuinya?
Mungkinkah 'kita-kita' ini hanyalah dilihat sebagai kongkang bermata besar yang hidup, makan, minum, beranak pinak, merayap-rayap dan bakal mati di atas pokok?
Apakah tidak mungkin tanggapannya begitu?
No comments:
Post a Comment