Hari-hari merapu terakhir
Kita petik bahagian terakhir berita dari Libya:
“Now comes the role of the National Guard and the Army, we will not lose one inch of this land. 60 years ago they defended Libya from the colonialists, now they will defend it from drug addicts. Most of he Libyans are intelligent, they are not Baltagiya (thugs) Benghazi is a million and a half not the few thousands who are in the streets. We will flight to the last man and woman and bullet. We will not lose Libya. We will not let Al Jazeera, Al Arabiya and BBC trick us.
We will live in Libya and die in Libya. (Ends)”
We will live in Libya and die in Libya. (Ends)”
Maksudnya, kira-kira begini:
“Lihatlah peranan National Guard dan Tentera, kita tidak akan hilang walaupun satu inci pun negara ini. 60 tahun yang lalu, kita mempertahankan Libya daripada para penjajah, sekarang National Guard dan Tentera akan mempertahankan Libya daripada para penagih dadah. Kebanyakan orang Libya cerdik-cerdik belaka, mereka bukanlah perompak Benghazi yang katanya satu setengah juta tapi sebenarnya beberapa ratus ribu di jalan-jalan raya itu. Kita akan tentang mereka sehingga ke titisan darah dan ― peluru terakhir. Kita tidak akan kehilangan Libya. Kita tidak akan membiarkan Al Jazeera, Al Arabiya dab BBC menipu kita.
Kita ― hidup dan mati di Libya”
Begitulah jadinya bila pemimpin-penjahat yang lama menyamar itu, mendapati dirinya sampai ke tebing kuasa. Betapa gayatnya saat-saat berada di tebing yang curam itu. Mereka merapu, merapu dan terus merapu semahu-mahunya.
Mereka bercakap tentang hal-hal yang pelik-pelik. Mereka meracau dan terus meracau. Mereka masih yakin ― dengan terus menipu ― mereka akan selamat.
Adakah kita melihat tanda-tanda sedemikian itu, di sini?
ii.
Sementara itu, tinggal sehari dua lagi sebelum tarikh akhir membayar saman ekor itu tamat tempohnya. Setelah itu para pemandu diancam akan disenaraihitamkan.
Kita tunggu berita lanjut tentang KASE ini.
Kita lihat, dengar apakah tindakan lanjut yang kita semua mesti buat.
Mereka telah swastakan semuanya, termasuk air 'taik'. Kini mereka telah swastakan kerja saman menyaman kereta milik rakyat. Mereka katakan ini semua untuk mengurangkan kematian maut. Mereka cipta dua buah syarikat tukang saman.
Kita tunggu, 28 Februari 2011.
No comments:
Post a Comment