Friday, February 25, 2011

Lelucon sebagai ubat

Doktor dan pasiennya

Ada kawan yang tidak faham mengapakah masih terdapat orang-orang Melayu yang masih lagi doyan@berselera untuk mengunyah, “Utusan Meloya.”

“Kau tak boleh terlalu emosional dalam hal-hal begini.  Kalau kau tak baca, macam mana kita nak tau buah fikiran yang mereka sebarkan?”  hujah seorang teman lain.

“Itu hanyalah alasan@justifikasi!”

“Apa pun,  kau kena baca.”

“Aku ada satu cerita tentang Meloya ni, nak dengar?” jelas teman yang lain, bersungguh-sungguh.


i.

Versi satu:


“Ya, apakah masalah Encik?” tanya sang doktor dengan penuh prihatin.

“Saya bermasalah doc, kalau ke jamban.”

“Oooo...dan berapa lama?”

“Dah lebih lima hari.  Lebih teruk daripada Sayfool.”

Doktornya tersenyum.  Dunia terasa semakin ceria kerana jenaka dan gurau senda, ada sense of humournya.

“Itu kes lain, dia mahu mengawal bukti!!”

Mereka sama-sama ketawa.

“Okay, kita tengok masalah tuan.  Tuan nak ubat tradisional atau pun yang moden?” tanya doktor bersungguh-sungguh.

“Saya pilih yang tradisionallah doc.”

“Bawa saja Utusan Meloya ke jamban ― gerenti masalah tuan selesai!!”

Sekali lagi ketawa mereak berderai.

Para pesakit lain yang menunggu giliran masing-masing, saling berpandangan.  Kenapakah mereka ketawa begitu sakan sekali?

Versi dua:

(Mungkin kita boleh mulakan satu pertandingan ― mencari pelbagai kisah di sebalik, buletin Umno itu.)


No comments: