Kita petik bahan ini daripada blognya DSAI:
From: National Review
By Seth Mandel
By Seth Mandel
Since the beginning of the uprising in Egypt and the expected power shift in favor of the Muslim Brotherhood, the Islamic world has rallied around the Brotherhood and demanded that the West engage with them. But a crack in that unity appeared today when Malaysian prime minister Najib Razak said that the Muslim Brotherhood “shouldn’t be part of the process as long as they don’t reject violence and extremism.”
“Anyone who wants to be part of the political process should adopt values that are compatible with democracy,” Najib said in an interview in Istanbul, where he is speaking at a conference on moderation. “It’s not just about having a vote and choosing your leaders; it’s also part of imparting the right values for democracy to work, because there are failed democracies as well.”
Najib said he has “some concerns, deep concerns” about Yusuf al-Qaradawi, the Muslim Brotherhood’s spiritual leader. Those concerns center on Qaradawi’s support and justification for terrorism, which carries a great deal of weight given Qaradawi’s credibility as an Islamic scholar. It is exactly that type of Muslim leader that has led the Middle East astray, according to Najib. “We have lost a lot of ground to the extremists in the Middle East.”
He offered his own country as a model to emerging Islamic governments in the Middle East, saying that Secretary of State Hillary Clinton has described Malaysia as “modern, progressive, and moderate.”
“We shouldn’t want to impose on people, but people are welcome to study our experience and how we’ve done things in Malaysia. Perhaps it could be useful in their country,” he said.
Too many leaders, Najib said, misunderstand moderation. “I think they’re not paying enough attention to the values associated with being a moderate,” he said. “Moderate doesn’t mean that you’re a wimp — far from it. It means that you’ve chosen a path because you believe that’s the only way for global harmony and peace.”
Laporan National Review ada memetik ucapan Dato’ Sri Najib Razak di Turki yang dikatakan sarat dengan prasangka buruk terhadap ulama terkemuka Sheikh Yusuf al Qaradawi dan Ikhwanul Muslimin. Perdana Menteri dilaporkan menggesa agar Ikhwanul Muslimin disisihkan dari agenda Perubahan di Mesir kerana masih terlibat dengan keganasan.
Pendapat seperti ini malahan dikritik oleh pelbagai institusi dan intelektual. Dunia kini menggesa agar Amerika Syarikat dan Eropah untuk tuntas bekerjasama dengan Ikhwan.
Saya terpanggil untuk menegur Perdana Menteri kerana pandangan sebegini jelas dianggap terpencil dan mewakili pandangan dasar luar ektrem kanan di Amerika Syarikat. Adakah ini sebahagian dari agenda syarikat penasihat demi membaiki imej Dato’ Sri Najib di Amerika Syarikat?
Kenyataan terbaru Najib Razak juga membuka pekung kecurigaaan pemimpin tersebut terhadap ulama dan gerakan Islam seluruh dunia yang kini kian giat menyertai proses demokratisasi. Sekiranya Perdana Menteri mempunyai kebimbangan terhadap sosok seperti Sheikh Yusuf al Qaradawi, mengapa anugerahkan beliau Tokoh Maal Hijrah Kebangsaan tahun 2009/1431?
Sekiranya terbukti benar Najib Razak melemparkan fitnah terhadap Sheikh Yusuf al Qaradawi, saya menuntut Perdana Menteri agar segera memohon maaf dari ulama tersebut.
ANWAR IBRAHIM
Sila baca laporan National Review : http://bit.ly/hkI4SA
Sila baca laporan Brookings Institution yang mahu dunia Barat bekerjasama dengan Ikhwanul Muslimin: http://bit.ly/gY2GNW “
__________________________________________
Komen kita:
Kalaulah selama ini orang-orang Melayu, khususnya para pengikut totok Umno belum faham pendirian para pemimpin besar mereka berhubung gerakan Islam dan peranan para ulama, orang-orang Melayu-Umno dapat melihatnya dengan jelas dalam komen mutakhir Perdana Menteri kita di Istanbul berhubung Ikwan Muslimum dan juga ulamak tersohor yang disegani iaitu Yusuf al-Qaradawi, pemimpin spiritualnya Ikhwan.
Kata Perdana Menteri, Ikhwan tidak boleh diterima selagi gerakan Islam itu tidak menolak keganasan dan menolak sikap yang melampau. Perdana Menteri itu juga menyatakan bahawa dia ‘bimbang, malah sangat bimbang’ dengan gelagat Yusuf al-Qaradawi.
Bandingkan pendirian Perdana Menteri kita ini dengan apa berlaku di sekeliling kita. “Dunia kini menggesa agar Amerika Syarikat dan Eropah untuk tuntas bekerjasama dengan Ikhwan.”
(Sebenarnya gelagat dan tingkah laku seperti ini bukanlah terlalu terasing dengan perangai dan sifat Umno yang sebenar dan azali itu. Sejarah perjuangan kemerdekaan negara kita telah memperlihatkan bagaimana Umno telah memainkan peranannya. Kita telah melihat bagaimana golongan kiri yang bermati-matian berjuang menentang penjajah British telah diamankan dengan label Komunis yang anti Tuhan. Semua gerak kerja licik yang dirancang oleh penjajah British mendapat bantuan yang secukupnya.)
ii.
Persoalan yang paling menarik ialah apakah mesej yang mahu disampaikan dari gelagat dan tingkah laku Perdana Menteri kita di Istanbul itu?
Apakah maksudnya, apabila dia bercakap tentang Ikhwan Muslimum, keganasan dan sikap para pelampau ?
Apakah maksudnya apabila Perdana Menteri ‘bimbang, teramat bimbang’ dengan seorang ulamak yang telah dinobatkan sendiri oleh Kerajaan Malaysia sebagai Tokoh Maal Hijrah itu?
Apakah maksudnya dengan merujuk segala puji-pujian Hillary Clinton bahawa Malaysia itu modelnya negara Islam yang sederhana@moderate ― apabila rakyat jelata lebih mengetahui keadaan yang sebenarnya?
Apakah tujuannya menonjolkan bahawa Malaysialah model pemerintahan Islam yang moderate@sederhana itu?
Apakah yang ‘sederhana’ itu?
iii.
Apakah ‘Salam Asia Barat’ itu, begitu menggerunkan ― sesetengah orang, ramai orang?