Kempen ‘Bencilah!” oleh Akhbar Itu (1)
Perhatikan senarai isi kandungan sebuah akhbar dalam bahasa Melayu, yang umumnya dibaca oleh orang-orang Melayu, luar bandar:
Tahun 2008, akhbar itu menyerang Exco Kanan Selangor Teresa Kok (DAP) dengan dakwaan bahawa pemimpin kanan negeri Selangor ini telah mengarahkan sebuah masjid di Puchong menghentikan azannya dengan menggunakan pembesar suara.
Teresa telah ditahan di bawah ISA, dan dibebaskan seminggu kemudiannya. Sepertimana kita ketahui, Teresa menyangkal dakwaan ini dan ahli-ahli Jawatankuasa Masjid tersebut juga telah tampil membelanya.
Bulan Ogos 2010, akhbar itu menghalakan serangannya kepada seorang lagi pemimpin wanita DAP ― kali ini MP Serdang Teo Nie Ching. Fokus serangannya ― bahawa MP ini memasuki tempat beribadat, Surau Al-Huda di Kajang Sentral semasa memberikan bantuan kepada ahli-ahli Pas.
(Polemik boleh dan tidak boleh masuk tempat beribadat ini cukup panjang dan melibatkan juga TGNA. Sungguh dan betapa luar biasanya imej Islam yang telah akhbar itu pamerkan)
Isi, nada dan bentuk serangan yang tepu sensasi, sarat emosi tanpa pertimbangan waras ini sangatlah luar biasa. Tujuannya cuma satu ― menghanduh Teo ini semahu-mahunya.
Belum cukup puas dengan hasil ‘kerjaannya’ terhadap Teo, dalam bulan Disember 2010, akhbar nasional yang menggunakan bahasa Melayu ini kembali lagi ― kali ini serangannya ialah dakwaan bahawa wanita Cina ini tidak berpakaian yang cukup senonoh semasa melawat sebuah masjid. MP dari DAP ini dituduh berpakaian ketat, tidak menutup aurat semasa mengambil bahagian dalam program senam-robik di perkarangan tempat letak kereta masjid
(Lihatlah hujahnya akbar itu dalam menyampaikan mesej dan dakwah Islam. ‘How pathetic!’ kata teman saya.)
Kata akhbar itu lagi, MP ini tidak menghormati kepekaan orang Islam berhubung aurat. Itu, agaknya, adalah mesej dan bentuk dakwah akhbar itu terhadap seorang Cina yang bukan Islam.
Disember 2010, akhbar itu menuduh DAP adalah alatnya negara asing, lalu menyeru supaya parti ini diharamkan. Dan sehari selepas konvensyen kebangsaan Pakatan Rakyat, akhbar itu menghalakan meriamnya kepada Lim Guan Eng kerana, katanya, KM ini anti-Melayu. Jelas tumpuan serangannya ialah Ketua Menteri Pulau Pinang dan DAP.
Isnin, 20 Disember 2010, akhbar itu memaparkan pandangan para pemimpin Umno ― yang antara lain, berkata bahawa DAP itu ‘rajanya perkauman.’
Terdapat juga sebuah artikel dalam akhbar itu perihal ‘Guan Eng kurang ajar’ dengan menyenaraikan dakwaan kelakuan anti-Melayunya Ketua Menteri. Ya, itu seorang Ketua Menteri Cina yang satu waktu dulu, telah penjarakan oleh sebuah regime kerana kes rogol bawah umur di Melaka.
Akhbar itu kemudiannya kembali lagi, dengan ― sekali lagi mendakwa ― lagi, kali ini: Bahawa Lim Guan Eng mengharamkan perarakan Maulidur Rasul, menghalang peniaga Melayu berniaga di Bazaar Ramadhan dan merobohkan beberapa buah kampung. Sungguh luar biasa Cina DAP yang satu ini!
Akhbar itu mengutuk Lim Guan Eng kerana katanya menggunakan wang judi untuk membantu warga tua emas orang-orang Islam.
(Maka kita pun, berhari-hari melihat pelbagai visual penyerahan semula wang haram ini oleh Pak-Pak Utih dan Mak-Mak Andih di kampung di Pulau Pinang.)
Sungguh luar tabii media ini. Sungguh-sungguh luar biasa alat para penguasa ini!
Akhbar itu juga memetik naib presiden Umno, menteri pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebagai berkata DAP itu alatnya negara asing.
“Guan Eng sepatutnya bertanya dirinya sendiri, apakah DAP itu sebuah parti politik yang mewakili rakyat Malaysia atau pun alat negara asing dengan berselindung di sebalik demokrasi” begitulah akhbar itu memetik kata-kata Ahmad Zahid.
Akhbar itu juga melaporkan dakwaan MP Bayan Baru Datuk Zahrain Hashim bahawa DAP memuja Singapura.
ii.
Bak kata teman saya dalam telor yang dibuat-buat:
“Like that kind of politicians, got jalankah ―like that?”
___________________________________
(1)Untuk kandungan bahan yang dipaparkan, sila rujuk versi asalnya, “Enough is enough!” oleh Thomas Lee Seng Hock
2011-02-18 17:37 Mysinchew
No comments:
Post a Comment