bukan Aku!
kau mungkin saja ketawa
ya, mungkin juga cerca
pastinya ― ramai
lagi maki hamun!
biarkan,
biarkanlah,
sekarang,
aku ― mau bercakap benar
pertama
bukan aku di memali itu
itu ― bukanlah caraku
ibrahim itu gurunya agama
ulamak, senjatanya cuma kitab
tak perlu kukepung pakai tentera
kugertak bedil disuapin peluru
tak perlu!
tak perlu, semua itu!
makanya...
itu ― bukan ― aku!
ibrahim bukannya komunis
ibrahim imam, guru ugama
tak mungkin kusentuh agamawan
itu bukan caraku ― berpolitik
lagi,
tak pernah kubuang salleh ibnu abas
salleh itu soleh, hakim yang telus
mestinya kau tahu,
tak pernah kuperangi mahkamah
makanya, itu jelas bukan aku
itu orang lain, mulakannya
luar dalam kubenci sekali
ya, kubenci sekali ISA yang zalim
aku mahu akta zalim itu dinyah
lempar jauh ― selama-lamanya
dari bumi bertuah ini
apakan daya, kata mereka
ISA perlu, jika mau negara aman.
bukan aku perancang liwat itu
bukan aku yang pecat buang
akulah yang angkat asuh
kutatang-belai minyak nan penuh
percayalah,
bukanlah aku pengarangnya liwat
si pendengki lain punya angkara
aku patuh adab peraturan parti
bukan aku memecatnya
dia keliru ― memecat diri!
bukanlah aku reba masalah
bukan, bukanlah begitu...
ya, aku, ya ― aku
akulah rakyat cari itu.
wangsa maju
18 Februari 2011
(Alangkah bagusnya jika pelbagai versi 'bukan aku' ini kita antologikan...)
No comments:
Post a Comment