Saturday, February 19, 2011

Wujudkah pilihan raya yang bebas dan merdeka?

Soalan yang tak ada jawapannya
(Kepada siapa lagi nak kita adukan masalah ini?)


1. Di negara ini bagaimanakah caranya kita menjadi pengundi?

Untuk membolehkan kita mengundi, kita mestilah rakyat negara ini.

2. Apakah yang membuktikna bahawa kita rakyat negara ini?

Kita mestilah memiliki kad pengenalan berwarna biru.

3. Siapakah yang mengeluarkan kad pengenalan warna biru itu?

Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN)  

4. Apa lagi yang perlu dibuat?

Kita mestilah mendaftar dengan Suruhan Jaya Pilihan Raya (SPR)  


_______________________________________

ii.

Kenapakah pengundi hantu itu dinamakan ― pengundi hantu?
Siapakah yang membolehkan pengundi hantu itu wujud dan menjadi kenyataan?
Kenapakah masalah pendatang haram gawat di Sabah?

iii.

Kepada siapakah hendak kita adukan masalah menipu dalam pilihan raya kita?
Apakah yang dapat kita lakukan?
Apakah benar, tiba-tiba saja ramai rakyat Sabah mendaftar di Shah Alam (Harakah)?
Apakah yang dikatakan mengkhianati amanah rakyat dan negara itu?

SIAPAKAH LAGI YANG DAPAT MEMBANTU KITA KALAU BUKAN KITA:
RAKYAT JELATA?!