Menyaksikan revolusi bersejarah Mesir
Seorang anak gadis Mesir, Lucy Shafik graduan 2010 dalam bidang journalism dari American University Kaherah menceritakan pengalaman peribadinya melalui Revolusi Mesir. Pengalaman ini diceritkannya dalam interbiu emelnya dengan Michael Ireland, Chief Correspondent, ASSIST News Service (ANS).
Lahir dan dibesarkan sebagai seorang Kristian di Kaherah, Lucy Shafik telah mengikuti latihan YWAM (Youth With A Mission) Discipleship Training School, di Denver dalam tahun 2005.
Dalam interbiu emelnya dengan ANS, Lucy ditanya di manakah dia berada tatkala menerima panggilan untuk berkumpul di Tahrir Square? Bagaimanakah dia mula-mula terima maklumat ini?
“Bagiku dua minggu lalu itu, bagaikan mimpi, itulah perasaanku”
“Tak siapa pun meramalkan semua ini bakal terjadi di Mesir, Tunisia ― ya mungkin, tapi di Mesir ― tak mungkin! Rakyat Mesir sudah terlalu lama begitu apatis, sudah tidak peduli lagi, seakan-akan ketagihan candu. Kami tidak pernah dibenarkan menyatakan pandangan tentang sistem pemerintah negara kami, presiden kami, malah segalanya menyentuh politik adalah taboo.” demikian kata Lucy.
Para pemberita, pengulas tv malah siapa saja orang awam yang ditangkap mengkritik Presiden atau siapa saja dalam pemerintahan cepat-cepat dikurung, entah untuk berapa lama. Presiden kami selalu mengatakan Mesir itu sebuah negara demokratik, maka rakyatnya bebas bersuara.
Hakikatnya adalah sebaliknya, kami tidak bebas. Segala-gala yang dinyatakan Presiden, janji-janjinya tentang kebebasan dan kemakmuran hanyalah bohong belaka; tidak menjadi kenyataan. Selama 30 tahun semua ini berterusan, rakyat tunduk menyerah. Walaupun mereka sedar, terlalu banyak kebobrokan di sekeliling mereka, mereka tidak terdaya berbuat apa-apa kecuali menyerah kalah kepada situasi yang seakan-akan tak lagi ada harapannya. “ demikian kata Lucy.
“Jadi setelah 30 tahun tunduk kepada satu sistem yang korup, luapan perasaan rakyat tidak lagi dapat dibendung-kurung lagi. Pertama kali saya mendengar seruan revolusi ini melalui Facebook. Kawan-kawan saya yang menyerunya dan saya juga ikut menyeru kawan-kawan lain. Tak taulah saya bagaimana threadnya bermula, tapi saya percaya ia bermula dari aktivis Mesir yang bernama Wael Ghonim.
Ramai yang dapat mencapai Internet dan para pengguna Facebook yang mengetahui tentang penentangan ini memutuskan untuk mengambil bahagian. Namun ramai juga yang tidak ambil bahagian kerana memikirkan bahawa penentangan ini hanyalah kecil-kecilan saja, oleh itu tidak akan mencapai apa-apa kejayaan. Mereka yang bukan pengguna Internet, biasanya kelompok yang berpendapatan rendah mendapat seruan revolusi ini melalui media, saluran berita dan melalui sumber-sumber lain” kata Lucy lagi.
…
Untuk cerita selanjutnya, silalah ikuti “Eyewitness to historic revolution in Egypt”
Middle East political unrest – Opinion 2011-02-18 03:04 dalam http://www.mysinchew.com/taxonomy/term/155
No comments:
Post a Comment