Saturday, February 19, 2011

Nafsu, wahai nafs

Perihal nafsu (manusia) yang eksponensial


Dulu semasa kita belajar matematik di sekolah menengah, di antara tajuk-tajuknya termasuklah fungsi dan lakaran grafnya.  Ertinya, kita diajar memahami pelbagai fungsi dan ‘wajah’nya  dalam bentuk lakaran graf.

Lalu kita pun temui wajah-wajah graf linear (graf garis lurus), graf lengkung untuk fungsi quadratik, misalnya.

Semasa di alam pekerjaan, seorang pemimpin peringkat negeri (orang politiklah, siapa lagi, orang umno) membuat satu kenyataan yang cukup menarik: Bahawa nafsu manusia itu eksponensial. 

Ya, kita teringat kisah ular sawa yang rihat seminggu apabila menelan seekor kambing tapi manusia yang sampai ke kubur pun masih mahu membaham emas!

Marilah kita amati nilai graf-graf berikut:

x ialah angkubah yang menentukan nilai-nilai  y1 dan juga  y2

y1 = 2x   persamaan satu

y2 = ex    persamaan dua

Jika x = 1,  y1 akan menjadi 2 dan y2 pula = 2.718 iaitu nilainya e1.

Jika x = 10, maka nilainya y1 menjadi 2 kali 10 =  20,

Sementara nilai y2 pula ialah e10 , iaitu 2.71810 ― melonjak sehingga 22, 026!

Contoh ini menunjukkan rupa bentuk ketamakan nafsu (manusia) yang eksponensial  yang disebut oleh pemimpin politik itu!


ii.

Apakah nafsu eksponensial inilah yang menyebabkan para penguasa di universiti-universiti  awam kita,  begitu rakus sekali menghalang perjalanan proses demokrasi yang sihat di kampus-kampus kita?

Kenapakah kelompok-kelompok yang pro-pemerintah dibenarkan untuk berkempen dengan selesa dan mudah, sementara kumpulan yang TIDAK bersama-sama mereka dihalang, diganggu, dikacau, digertak semahu-mahunya?

Apakah adab ini yang mahu kamu tanamkan ke dalam benak anak-anak muda ― anak-anak didik kamu itu?

Apakah sifat-sifat pilih kasih, berpihak-pihak, tidak telus, zalim dan sebagainya yang mahu dipupuk ke dalam jiwa anak-anak didik kamu itu?

Apakah kamu telah lupa bahawa berapa ramai pemimpin yang bersama Umno sekarang ini, satu ketika dulu sebenarnya pro-pembangkang ― semasa mereka menuntut di kampus dulu?   

Maka oleh sebab itu, kita mohonlah agar para penguasa universiti-universiti kita ini, berlapang dada dan bertindaklah sebagai demokrat tulen dan ― bukannya menjadi pak-pak ampu yang takut kepada bayang-bayang pokok pisang yang disangkakan hantu itu.

Percayalah, sekarang ini rakyat sudah sangat muak dengan penindasan aka kerja-kerja yang tak masuk buku yang dilakukan oleh mereka yang berkuasa.  

Percayalah,  bahawa ini adalah satu kenyataan.

Sudahlah...kawallah nafs itu.




No comments: