Sunday, February 20, 2011

Selamat Hari Jadi, tuan.

“Tribute to Kit Siang on his 70th birthday” MySinchew 2011-02-20 02:06

No one, including his political rivals, will dispute the fact that Lim Kit Siang is a patriot par excellence, who had given his all to serve the country for nearly half a century with abosulte loyalty, unreserved commitment and dedication, without fear and favour.

Kit celebrates his 70th birthday on Sunday 20 February 2011, and no one can give a better tribute to this great Malaysian than his eldest son Guan Eng, whom he has groomed to be another honest and great stateman. Guan Eng is the DAP secretary-general and Chief Minister of Penang. The following is Guan Eng's tribute to his beloved father and mentor.

By LIM GUAN ENG

(Silalah baca...)
________________________________________


Sebelum sebuah peristiwa@skandal besar BMF, Lim Kit Siang itu tidak lebih dan ― hanyalah sekadar seorang kuat DAP yang ― perkauman, radikal, yang mimpinya, hidupnya ― hanyalah mahu merampas kuasa daripada orang-orang Melayu.

Adalah jelas parti Cina yang sosialis ini sangat kuat dengan perjuangan “Malaysian Malaysia”nya adalah musuh Melayu yang nyata dan oleh sebab itu, mesti dimusnahkan walau dengan apa pun cara sekali pun.

Ya, DAP parti Cina itu wujud untuk memusnahkan Melayu!

Ramai yang percaya semua ini dengan penuh yakin sekali.  Itulah yang ditanam selama bertahun-tahun ke dalam benak orang-orang Melayu.       

Mungkin telah tersurat di negara ini, telah tercetus sebuah lagi peristiwa besar ― orang besar yang berpangkat besar,  merogol seorang cucu kecil yang cukup cantik di Melaka.  Orang besar yang Melayu dan .... itu adalah pemimpin besar yang cukup cerah bintang politiknya ketika itu.

Dengan kehebatan mekanisme ‘rule by law’ oleh sang penguasa, seorang anak muda yang lahir dari rahim DAP mereka penjarakan kerana peristiwa rogol oleh pembesar di Melaka itu.


ii.

Dua buah peristiwa di atas cukup untuk membuat mereka yang waras,  berhenti sejenak ― berhenti untuk berfikir.   Berhenti untuk berfikir dan bertanya apakah BENAR segala apa yang dikatakan selama ini oleh sekelompok orang Melayu dengan pelbagai dan segala aparat yang dikawalnya itu, bahawa sesungguhnya DAP adalah itu dan ini? 

Apakah benar,  apa yang telah sekian lama dikatakan oleh Melayu yang begitu lama mabuk berkuasa itu?


iii.

Politik perkauman, manusia bermuka-muka dan yang tepu kemunafikan itu mestilah ditentang dengan lantang oleh seluruh rakyat jelata.

Politik adu domba, balas dendam dan politik yang gagah mencanang dan menternak emosi mestilah kita peranginya dengan segala kudrat yang ada.

Orang-orang politik  yang kerjanya berfikir untuk mengekalkan kuasa dengan apa cara sekali pun,  mestilah kita berantas sehingga ke akar umbinya.

Untuk itu orang-orang budaya, semua aktivis sosial yang wujud di negara ini, marilah kita sama-sama bangun untuk sama-sama berjuang menentang kejahatan kemunafikan politik songsang.  Kita tidak lagi boleh meredhakan diri dengan menjadi pemerhati abadi di luar gelanggang.


iv.

Lim Kit Siang,
“Selamat Hari Jadi...”
Negara ini memerlukan lebih ramai lagi pejuang seperti tuan.
Tuan adalah inspirasi untuk seluruh anak muda negara ini.
Kita doakan tuan diberikan kesihatan untuk terus tegak di tengah medan.

 
Salam hormat,
Kassim Muhamad.