Bahasa strategik untuk perubahan
Bahasa Melayu ialah bahasa strategik untuk perubahan, demikian pandangan Hishamuddin Rais dalam pertemuan CAP dengan para penulis Paksi, Seniman Paksi Rakyat, di Pulau Pinang pada 27 Februari.
Bahasa itu menjadi alat perhubungan di antara para pendatang Bangla, Tibet, Myanmar dan lain-lainnya dengan taukeh-taukeh Cina mereka. Mereka tidak bercakap dalam bahasa Inggeris.
Itulah pandangan penulis ini.
ii.
Senario seperti ini membuktikan bahawa bahasa itu masih lagi menjadi alat perhubungan yang paling strategik sesama kita, teramsuk yang marhaen. Maka bahasa itulah yang bakal menjana perubahan. Kepercayaan kita terhadap hakikat ini tidak pernah luntur, biarpun para penguasa sedia ada, lebih yakin bahawa gengsinya mereka meningkat ― menjadi lebih tinggi dan superior ― dengan TIDAK berbuat demikian.
(TIDAK mengapa, silakan ― teruskan dengan sikap yang begini. Marilah kita perhatikan telatah dan tingkah laku penguasa-penguasa ini.)
Para 'peju wang' bahasa yang masih lagi nyenyak tidurnya, bangunlah - sebelum tuan-tuan kesiangan!
No comments:
Post a Comment