Monday, February 28, 2011

Berbelit-belitlah

Saya tak kata...

“NAJIB :SAYA TAK KATA IKHWANUL MUSLIMIN MESIR KUMPULAN PENGGANAS -minsider

Najib Razak berkata beliau tidak pernah melabelkan kumpulan Islam terbesar Mesir Ikhwanul Muslimin dan ulama terkenal dunia Syeikh Dr Yusuf Al-Qardhawi sebagai pengganas.

Najib berkata sebaliknya gerakan itu perlu menghilangkan persepsi dunia terhadap mereka yang dianggap sebagai kumpulan ekstrem.

“Saya tak kata Muslim Brotherhood (Ikhwanul Muslimin) ini kumpulan pengganas. Saya kata Muslim Brotherhood (Ikhwanul Muslimin) boleh ambil bahagian dalam pilihan raya dengan syarat menolak keganasan dan fahaman ekstremis, sebab ini (kumpulan pengganas adalah) pandangan umum terhadap Muslim Brotherhood, bukan pandangan saya,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis ramah mesra bersama penduduk Felda Jengka 25, di sini hari ini.”

____________________________________

Berbelit-belit,  macam mentornya

Berbelit-belit,  takut ― kalau-kalau dituduh tak cukup Islamik

Berbelit-belit supaya kelihatan lebih betul cop Islamnya.

Berbelit-belit,  untuk menegakkan benang basah lama yang klasik: Kalau ada label Islam, mestilah  ganas.

Modal penjajah sejak dulu kala sehingga ke hari ini:

Label, tuduh, gempar ― rakyat jelata.

Dan diam-diam, terus kaut, kaut, kaut ― apa yang ada.


ii.


Itu Saman Ekor, dapat banyak mana?




No comments: