Thursday, May 19, 2011

Selamat HUT: 20 Mei

Untukmu Dinsman


Aku tak perlu memuji dan angkat suadara sebagai wira.  Cukup sekadar berkata: Wahai teman, hari ini usia itu semakin bertambah ― ertinya yang bersisa jelas semakin kuncup. Dan kita tak perlu bermadah panjang dengan segala bumbu filosofinya pada hal semua orang sudah cukup arif: Langkah manusia itu sentiasa saja menghampiri kubur.  Demikianlah tunggak hukum segala yang hidup.

“Kenapa kita mesti takut mati?  Saya bersedia untuk ke sana.”

ii.

Aku tabik hormat kerana keyakinanmu itu namun aku iri sekali kerana kau begitu berani berkata bahawa, “Aku sudahpun dan sentiasa bersedia...”

Aku senang sekali dengan dengan laungan keazaman budaya sebagai senjata paling ampuh buat menentang kerakusan kuasa.       

Aku juga yakin dan setuju, “Perbuatlah apa yang termampu biar betapa kecil pun usaha itu kerana mencari alasan tidak akan menyelesaikan sebarang masalah.”


iii.

Dinsman,

Selamat menyambut Hari Ulang Tahunnya: 20 Mei.

Rahmatilah, segala sasterawan-budayawan-ilmuan

― mereka (yang) masih pedulikan murbawan.

Ya, Rabb redhai dan diterimalah segala amalan kami.

Amin.




No comments: