Tuesday, January 17, 2012

Kami tak tipu !!

Sumber: http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/felda-listing-wont-shortchange-settlers-najib-pledges/

Felda listing won’t shortchange settlers, Najib pledges
UPDATED @ 12:50:09 PM 06-01-2012
By Clara Chooi
January 06, 2012

Najib told the settlers that the FGVH would not deteriorate their level of benefits. — File pic

KUALA KUBU BARU, Jan 6 — Datuk Seri Najib Razak sought today to reassure Felda settlers that his government’s plans to list Felda Global Ventures Holdings (FGVH) would not see the community shortchanged, saying the move was necessary to strengthen the land authority’s position in the global market.


Sasaran empuk

Rata-rata ramai yang yakin bahawa madah indah-indah itu tidak boleh dipercayai. Kata mereka, semakin muluk sebuah janji itu maka semakin nipislah tingkat kebolehdipercayainya. Untuk berwaspada supaya ‘Tipah tidak terus-terusan tertipu’, ramailah yang saling berpesan: Berhati-hatilah dengan orang yang gemar bertani, lebih-lebih lagi dengan mereka yang mahir menanam tebu. Kata jurupesan lagi ― yakinlah ― semakin bersungguh-sungguh sebuah janji itu, maka semakin sukarlah janji-janji itu ditunaikan.

Aneh tapi benar segala madah yang tersangat indah yang terlalu sukar dipercayai itu masih lagi dijadikan senjata oleh para penipu walaupun semakin ramai yang melihat penipuan yang telah dilakukan. Sekarang ini kian ramai yang melihat bagaimana selama ini mereka dibohongi. Telah terdapat sekian banyak kes yang menunjukkan bahawa selama ini mereka ditipu dengan gred kelapa sawit yang mereka hasilkan. Namun di kalangan mereka yang dibohongi itu, ada juga yang terus mara seolah-olah untuk disembelih.

Entah kenapa, ada semacam ―nikmatnya ― nikmat dibohongi dan nikmat disembelih. Kenapakah semua ini terjadi? Ada yang berpendapat manusia tamak dan kerap pula bermimpi sukar berfikir secara rasional. Oleh itu mereka yang sering bermimpi dan dimimpikan perihal janji-janji jutawan segera tanpa usaha yang gigih adalah sasaran utama. Mereka inilah mangsa empuk segala kaki putar alam negara kita.

2.

Maka sekali lagi kita berpesan: Berhati-hatilah dengan janji-janji menjadi jutawan segara. Belajarlah dari sejarah. Lihatlah nasib peneroka Felda yang telah diajak menjadi jutawan segera dengan bermain saham, dengan menggadai hak mereka ― tanah tempat mereka mencari rezeki. Berhentilah bermain mimpi dengan dendangan, dodoi mendodoi segala kaki putar alam itu.

No comments: