林连玉基金
LLG CULTURAL DEVELOPMENT CENTRE
321-D, Lorong T.A.R. Kanan Satu,Off Jalan Tuanku Abdul Rahman, 50300 Kuala Lumpur.
Tel:03-26971971/2 Fax:03-26971970 E-mail:info@llgcultural.com Web:www.llgcultural.com
3hb Disember 2011
Kenyataan Media Pusat Pembangunan Kebudayaan LLG
Insiden Keganasan UPSI Memalukan Sistem Demokrasi
Pusat Pembangunan Kebudayaan LLG mengecam tindakan pasukan FRU menahan 17 orang mahasiswa di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Tanjung Malim dan mencederakan dua orang pemimpin mahasiswa, Muhammad Safwan Anang dan Amar Rasyidi. Pihak polis mencabul hak menunjuk perasaan mahasiswa dan mengganasi mereka yang tidak bersenjata, ini memang memalukan sistem demokrasi Negara kita.
Kebebasan berfikir dan kebebasan menunjuk perasaan adalah penting bagi seorang mahasiswa, pihak universiti dan polis harus menghormati hak-hak perlembagaan mereka, tidak patut menyuraikan perhimpunan aman dengan menggunakan kekerasan. Perdana Menteri Najib Tun Razak telah mengumumkan bahawa kerajaan akan mengubahsuaikan seksyen 27 Akta Polis yang mengehadkan kebebasan berhimpun dan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) yang mencabul hak berpersatuan. Insiden UPSI menunjukkan pihak universiti dan polis masih gemar amalan-amalan tidak demokrasi dan tiada langsung konsep menghormati hak asasi manusia.
Insiden keganasan ini berlaku di kampus universiti yang diberi tanggungjawab menyebar dan memperkembangkan ilmu, telah merosakkan ruang akademik yang menitikberatkan autonomi dan kebebasan berfikir. Bidang akademik selalu memberitahu pelajar bahawa “Ilmu adalah kuasa” (Knowledge is power), tetapi kerajaan memberi satu contoh yang terburuk iaitu “keganasan dan penindasan barulah cara penyelesaian”, amalan ini yang menghina ilmu dan menyokong keganasan akan memudaratkan institusi-institusi pengajian tinggi kita.
Anggota polis membelasah rakyat, sudah bukan kali pertama. Selepas melakukan keganasan, pula menafikan pembuatannya, ini memarahkan rakyat jelata. Dalam perhimpunan Bersih 2.0 pada 9hb Julai, polis berbohong tidak tembak meriam air ke kalangan hospital Tung Shin, telah merosakkan segala reputasi polis. Dalam beberapa kes penyelewengan kuasa polis, kerajaan tidak mengambil sebarang tindakan seperti menubuhkan suruhanjaya Bebas Aduan dan Salahlaku Polis (IPCMC) atau menghukum anggota polis yang bersalah melalui jawatankuasa displin dalaman PDRM. Jika Ketua Polis Negara dan Menteri Dalam Negeri masih bertolerasi salahguna kuasa dan keganasan polis, tidak menghiraukan keselamatan rakyat, masyarakat kita akan menghilangkan keyakinan terhadap kerajaan Barisan Nasional.
Kami menggesa Perdana Menteri bertindak segera dalam insiden UPSI ini, memberi keadilan kepada dua orang pemimpin mahasiswa dengan mendisplinkan pihak universiti dan polis, serta mengadakan sidang parlimen tergempar untuk memansuhkan AUKU dan seksyen 27 Akta Polis untuk memulihkan imej negatif kerajaan.
Dato’ Dr Toh Kin Woon
Pengerusi
Pusat Pembangunan Kebudayaan LLG
No comments:
Post a Comment