MESEJ HIJRAH 1434
DARI CIKGU AZMI
SETIAUSAHA AGONG MAPIM
Dengan lazaf tashakkur kami menyambut kedatangan Hijrah 1434 dengan rasa amat terhutang kepada Allah , dengan rasa sangat terbeban dengan hak Islam yang tidak tertunaikan , dengan rasa sangat khuatir jika tanggungjawab yang tidak diselesaikan akan menambah berat timbangan persoalan di hadapan Rabbul Jalil .
Sungguh kami juga insaf bahawa keizinan Allah untuk dapat dipertemukan kita dengan Hijrah 1434 juga menandakan Allah memberi kesempatan untuk kita semua bermuhasabah lagi , meneliti terus , menilek dengan jernih bahawa kita maseh dibuka peluang menyempurnakan pengabdian kepada Illahy.
Benar dan sungguh memang kita harus merasa cemas. Sejauh ini kita telah menjalani hidup sebagai Muslim , sejelas ini kita telah melihat pelbagai musibah yang menimpa umat , kita sepatutnya menjadi sangat bersalah kerana kita tidak berbuat banyak untuk agama Allah.
Pernyataan kita untuk berazam meningkat keiltizaman kita menjadi Muslim hakiki belum terpenuhi. Lantaran itu kita tidak harus terlalu terkejut melihat Islam dipermain dan dihina , umat ditindas dan dizalimi , bukan sekarang tetapi sudah berlarutan. Sebabnya , terang lagi nyata , kita belum terbukti menyempurnakan amanah Allah untuk menjadi Ansorullah.
Kami tidak terlalu berlebihan untuk menyatakan kealpaan yang kita telah buktikan untuk melayakkan kita menjadi tidak layak mendapat pertolongan Allah. Terlalu banyak sebab untuk kita perlu menghalakan jari telunjuk kepada diri kita sendiri. Bertanya , mengapa dan gara-gara salah siapa yang meletakkan Ummah dalam situasi yang amat menyedihkan ini.
Bahawa setiap kali kita bergenjak ke tahun Hijrah yang baru , rekod kita jelas tidak memberansangkan alias meleset. Saban tahun kita merakam lafaz janji , semada diungkap secara zahir atau tersembunyi dalam kata-kata dilubuk hati , yang jelas terlalu jauh antara yang kita rencanakan dengan apa yang kita lakukan.
Soalnya secara senyap senyap kita melakukan pembohongan kepada diri kita sendiri. Dari keazaman yang tidak serius sehingga memaafkan diri kerana tidak mencapai apa yang kita inginkan. Kita dengan mudah menyatakan kepada diri bahawa persoalan memenuhi janji kepada Allah bukan terlalu penting kerana yang tahu cuma diri sendiri. Jadi tidak mengapa asalkan orang lain tidak tahu.
Tak mungkin kemahuan yang tidak bersungguh dan iringi dengan perlakuan yang tidak serius , kita layak mengharapkan natijah yang cemerlang. Tidak padan kita merintih keadaan kita yang serba lemah padahal kita juga yang menjadi hijab kepada keindahan Islam dek kelakuan dan tingkahlaku kita yang tidak senonoh untuk mewakili Islam yang begitu tinggi nilainya. Jangan disunguti kenapa Islam dipersenda sedangkan kita jualah yang menyebabkan Islam itu diserang kerana perangai kita tidak bersungguh menjaga amanah Allah.
Kita harus malu sendiri betapa dengan seluruh fasiliti yang serba canggih , perkakas yang lebih terkini , justeru hasil perubahan dan da'wah kita sangat minimal . Berbanding para duat dan penggerak Islam yang terdahulu , dengan segala kekurangan dan keterbatasan , mereka tega dan tegar menghadapi rintangan gelombang dipersada laut , kesulitan bukit bukau dihutan belantara , tersepit demgan kerumitan mencari tapak di negara asing yang serba susah dan payah untuk berkomunikasi dengan kaum pribumi yang sedemikian lama dalam dunia anismisme . Semua ini jelas tidak menjadi penghambat samasekali. Malah sebaliknya da'wah sangat subur , jihad sangat mantap , semboyan syahadah berkumandang jauh dan merata. Ditengah ketidakpastian semada kaum pribumi menerima atau tidak seruan Islam , mereka menunaikan amanah Allah sehingga rantau ini tersohor menjadi wilayah Islam yang disegani dan dicemburui.
Kami memikirkan sejauhmana kita hanya berperanan sebagai penonton , pengamat dan pengeluh , sejauh itulah hasil yang layak buat kita perolehi. Jika kita hanya bersikap bersahaja dalam menghayati pesan Hijrah yang terungkap dibeberapa ayat-ayat Allah dan tersurat pada kata-kata Nabi , maka sememang sekadar ini sahajalah yang kita layak dilayani manusia walaupun kita mendakwa kita sebaik-baik ummat.
Padahal Hijrah adalah sebahagian ciri yang sepatutnya sebati dalam kehidupan umat. Bahawa kita sepatutnya berhijrah setiap waktu lantaran berubah melakukan yang baik sebagai ganti yang buruk , malah dari tidak melakukan sesuatu kepada beraksi untuk membela martabat agama , itu sudah cukup suatu Hijrah yang dituntut ke atas kita.
Malangnya dari pengamatan kita yang jujur , apa yang jelas dari keadaan yang kita saksikan ialah situasi Umat tidak bertambah baik malah semakin meresahkan . Umat sarat dengan pelbagai krisis dari dalam dan kemelut akibat repuhan dari luar. Oleh itu sangat tidak kena jika yang kita lakukan hanya mengeluh dan menyesal.
Sedangkan kita punya segala-galanya untuk berperanan membela Islam semada melalui kekuatan hujah mahupun dengan kekuatan nilai teras yang terserlah dari ajaran Islam .
Mesej Hijrah kita tidak bermula dari kesamaran . Kita punya sandaran dan kejelasan dari titik mana dan akan dibawa ke destinasi mana yang ingin kita gerakkan semangat Hijrah ini. Allah tidak mengarahkan kita secara kabur . Mesej Hijrah kita hanya bersandarkan agenda Allah . Tidak yang lain , iaitu
Al Baqarah ayat 257; 'Allah ialah pelindung orang-orang yang beriman.Ia mengeluarkan mereka dari kegelapan (kufur) kepada cahaya (iman). Dan orang-orang yang kafir,penolong-penolong mereka ialah Taghut yang mengeluarkan mereka dari cahaya (iman) kpd kegelapan (kufur). Mereka itulah ahli neraka,mereka kekal di dalamnya.'
Pesan dan wasiat kita adalah agar Hijrah kali ini menjadi keazaman yang diperkuatkan dengan amalan , kesungguhan yang disegarkan dengan aksi dan pernyataan yang dibuktikan dengan tindakan .

No comments:
Post a Comment