Dari fbnya Sdr
Arif Atan: Berita dari Universiti 1Malaysia
Teks seperti di
bawah ini muncul sebagai protes kreatif terhadap sikap mereka yang memegang
kuasa. Ia protes terhadap sikap penguasa
yang angkuh dengan kuasanya. Protes
terhadap ketidakupayaan sang penguasa berhujah lalu menjadi defensif-agresif. Protes terhadap sikap sang penguasa yang tidak
meraikan pandangan yang berbeza. Protes
terhadap perilaku sang penguasa yang muncul dengan mentaliti berkarat mesti-menguasai-walau-dengan-apa-cara-sekali
pun, hatta memperleceh, menghina dan memalukan sasaran di depan khalayak itu. Dan tidak kurang pentingnya ia adalah protes
terhadap sikap pengampu yang melakukan apa saja demi untuk mengampu! Dan ini berlaku di depan khalayak dalam
sebuah gedung yang bisnesnya adalah ilmu.
2.0
“Berita dari
Universiti 1Malaysia
Sebuah Pusat Aduan Haiwan 1 Malaysia (PAH1M) telah ditubuhkan bagi mendengar keluhan dan rintihan haiwan-haiwan yang bermasalah di negara ini. Presiden PAH1M Sharifah Zohra Jabeen yang boleh menyebut listen dan let me speak sebanyak 1000 kali dalam satu nafas berkata, haiwan-haiwan ini perlu diberi ruang untuk membuat aduan tentang masalah mereka yang kadang kala lebih berat dari masalah manusia.
Sewaktu kunjungan kami ke PAH1M, kami telah menemubual seekor babi. Babi itu berkata, "Daripada tahun 1970an saya naik turun pejabat JAKIM untuk menuntut status Halal. Tetapi gagal hingga hari ini. Minta PAH1M dapat berbuat sesuatu."
Turut ditemubual oleh kami ialah seekor ayam. "Sejak kedatangan ayam-ayam dari China dan Filipina, kami ayam tempatan sudah tidak laku. Bagaimana kami mahu menampung hidup?"
...
Solidariti Lembu Malaysia juga memberi pandangan yang positif terhadap penubuhan PAH1M, "Kami bersyukurlah kerana Saudari Sharifah Zohra dapat membela nasib kami. Sudah lama kami terbiar dan dihina. Dulu kami dijanjikan kondominium, tapi kondominium tersebut di Singapura. Kami mana ada pasport."
Presiden Perkasa juga diminta memberi ulasan mengenai PAH1M. "Aku nak ulas apa? Aku bukan binatang!"
Kerajaan Malaysia berharap agar penubuhan PAH1M dapat membela nasib haiwan-haiwan di Malaysia. Selain dapat memahami masalah haiwan, Sharifah Zohra Jadeen juga dapat memahami masalah tumbuh-tumbuhan dan sungai.
(Dipetik dari Jkkk Fan Club)

No comments:
Post a Comment