Kenapa aku
sokong BLACK 505
(Bahagian Tiga)
Dalam sejarah kuasa politik Mahathirisme salah
satu ciri yang sangat jelas ialah caranya DIANYA sentiasa ―tanpa belas kasihan ― memulangkan paku buah keras
kepada musuh-musuh politiknya semasa berhujah.
Saya masih ingat hujahnya dalam tape yang diedarkan dalam isu hangat janggut
Nabi S.A.W. Ya, isu ketiadaan ‘pisau’
gellette di zaman Nabi waktu hebo-heboh DIANYA membuang almarhum Ishak Baharom.
Hujahnya kira-kira begini: Kita ada sedikit kuasa
yang diberikan rakyat, tiba-tiba kuasa yang diberikan rakyat ini mahu diambil
oleh sesetengah orang. Ertinya, dalam konteks
ini ada orang seperti mufti Selangor yang mahu mencabar tindakan kerajaan Umno. Siapakah mereka ini yang mahu mencabar Mahathirisme?
Soalan: Bukankah hari ini parlimen kita mula bersidang dengan acara mengangkat
sumpah para ahlinya, mereka yang dilantik dalam PRU13 yang lalu? Saya tak mahulah kelihatan sinis lagi zalaim
bila berkata, apakah telah runtuh bukit itu?
Jawapan: Tak apa. Saya faham kenapa saudara berkata
demikian. Dalam semua hal saudara jangan
lupa bahawa BERDIAM DIRI juga adalah satu tindakan. Ertinya sesiapa yang berdiam diri dalam
seluruh proses PRU13 bermakna mereka bersetuju bahawa prosesnya BETUL, TEPAT
dan BENAR.
Itu satu
hal. Sdr jangan lupa ada di kalangan mereka
yang menang dalam PRU13 yang lalu (ada yang mendiamkan dirinya dan ada juga
yang bersuara sumbang dalam Black 505) yang berhujah bahawa kita mestilah
menggunakan saluran-saluran yang BETUL untuk membetulkan keadaan yang tidak
betul. Hah, itu cantik.
Kita ingin
melihat bagaimana mereka yang dilantik oleh rakyat via satu sistem (yang pada
pandangan mereka ini terdapat cacat dan celanya yang boleh diperbaiki melalui
saluran-saluran sedia ada). Ya, kita
ingin melihat bagaimana mereka yang redha ini membetulkna keadaan sedia ada!
Soalan: Macam orang marah saja? Itu soalan
DAP perkuda Melayu masih juga belum dijawab...
No comments:
Post a Comment