(Apakah kerenyeh sahabatku Ahkarim boleh membantu Black 505? Bila Paksi boleh baca sajak di Kuala Nerang. Aku nak baca sajak, "hempa tau apa?")
Kenapa aku
sokong BLACK 505
(Bahagian Dua)
To me, the Tun Salleh Abas tragedy of 1988 should
have had a significant impact and always a reminder on the way we view a regime. In my humble opinion, that was the historic
moment when we ― Malaysians allowed Mahathir to trample and
crush our judiciary. In a similar
manner, some of us may want to believe that the last GE13 (Black 505) was just another
normal everyday event. At most, it was a
dream gone wrong for Anwar Ibrahim. As
such, why bother?
No, personally I disagree. Black 505 is about the destiny of a nation –
our nation. Apart from the rallies,
shall we think of other ways to fight the regime and its entrenched SYSTEM?
(petikan komen
saya dalam Malaysiakini)
Soalan: Kenapakah saudara berkeras (kepala) nak sokong Black 505? Bukankah PRU13 telahpun berlalu dan kerajaan
baru yang sah telahpun dipilih rakyat?
Jawapan: Pernah tengok perlawanan bola sepak kampung? Kadang-kadang
padang bolanya bukan saja sangat dhaif tapi padang juga menjadi padang ragut
lembu kerbau. Dalam pertandingan bola sepak kampung yang
seperti ini, para penonton marah jika refreenya jelas berat sebelah. Orang marahkan kalau pengadilnya tak becus
apa lagi jika makan suapkan?
Soalan: Saudara tak menjawab soalan...
Jawapan: Salah satu ‘dokumen’ penting dalam satu-satu pilihan raya ialah daftar
pengundi kerana daftar itulah yang akan menentukan siapakah yang layak mengundi
dalam sesuatu pilihan raya. Parti yang bertanding dalam pilihan raya
termasuklah parti-parti yang belum pernah menang pilihan raya. Sejak Malaysia merdeka dalam tahun 1957, Umno
telah menang berkali-kali, atau lebih tepat Umno menang sebanyak 13 kali.
Dalam PRU13
yang lalu, tiga buah parti iaitu PAS, DAP dan PKR yang belum pernah menang
bergabung menjadi Pakatan Rakyat. Mereka
bergabung untuk menghasut rakyat supaya membuang Umno sebagai kerajaan. Tapi ada satu masalah besar. SPR, Suruhanjaya Pilihan Raya yang menggendalikan
pilihan raya kita ternyata tidak adil dalam menjalankan tugasnya. Rakyat telah protes melalui sebuah badan gabungan
pelbagai NGO dan pertubuhan dan menamakan dirinya BERSIH. Dalam siri-siri
protesnya mereka menuntut agar 8 perkara diperbaiki. SPR tidak peduli kecuali berjanji untuk
menggunakan dakwat kekal.
Dalam PRU13
yang lalu ternyata penggunaan dakwat kekal pun ditipunya. Daftar pengundi pun tidak bersih kerana di
sana terdapat banyak pengundi hantu. PRU13 yang lalu juga telah menyaksikan
sekian banyak penipuan berlaku.
Jika tuntutan
yang paling asas seperti daftar pengundi yang bersih pun tak boleh dipenuhi,
apakah proses pemilihan kerajaan itu boleh diterima? Kenapakah saya mesti akur dengan hasil satu sistem yang sarat penipuan itu? Sekarang ini SPR yang diragu kewibawaannya itu
sedang memulakan proses persempadanan semula dengan menggunakan daftar pengundi
yang TIDAK bersih itu. Apakah
parti-parti selain Umno mesti terima penipuan ini? Kenapakah ahli SPR yang dipercayai tidak
dilantik?
Soalan: Habis saudara nak buat apa jika SPR dan Umno tidak peduli segala kacau
bilau yang saudara telah mulakan ini?
Jawapan: You nak saya terima? Begitu?
Soalan: Bila nak jawab soalan DAP perkuda Melayu?
No comments:
Post a Comment