Sunday, August 25, 2013

'Endless Possibilities' nasib petani pokok beras



Sembang-sembang di Cafe “Endless Possibilities”.


Dua orang petani sedang borak-borak tentang bidang masing-masing.  Petani Jawa, PJ (Johor) dengan kelapa sawitnya sementara petani Sungai Korok, PK (Kedah) dengan tanaman ‘pokok beras’nya.


PJ:  Saya rasa status kami di pelbagai Parit di seluruh Negeri Johor sikit tinggi jika dibandingkan dengan pesawah-pesawah Kedah.  Kelapa sawit itu tanaman komersial; harganya sentiasa diperhatikan oleh Gomen.

PK: Kami di Kedah hanya ada pokok ‘beras’.  Gomen kasi subsidi dari A, B, C dan Z.  Padi benih pun,  kami beli dari pembekal langsung dari kilang.  

PJ:  Untungkah tanam pokok beras?  Kami sekali jual kelapa sawit, hasilnya ribu-ribu.  Tuan-tuan bagaimana?

PK: Kami pesawah diminta supaya lebihkan amal ibadat.  Sebabnya mudah.  Padi itu makanan asas, staple food negara.  Jadi kami perlu berkorban dunia dan akhirat.  Kami perlu jaga supaya negara selamat dari bencana kebuluran semasa negara kita misalnya,  tiba-tiba gawat.

PJ:  Oooo gitu.  Rugilah sdr kerana tanam ‘pokok beras’ ya!?

PK:  Tak apa, tak apa.  Kami redha.  Kami telah diamanahkan supaya menjaga supaya negara kita tidak kebuluran.  Kebuluran bila padi di pasaran dunia tak ada@berkurangan mungkin kerana bencana alam di seluruh dunia atau pun mungkin akibat peperangan.

PJ: Bahaya juga tu.  Kalau kita kehabisan beras, kami bagaimana?       

PK: Tak apa.  Tak apa, tuan-tuan boleh rebus kelapa sawitlah!

PJ: Ya, tak ya juga ya?  Endless Possibilities!




No comments: