Sunday, September 22, 2013

Bahasa sebagai pengungkap idea



Bahasa sebagai pengungkap idea
(Idea besar juga perlukan bahasa yang ‘baik’@bukan sekadar bahasa tangkap muat!)


1.0  Untuk melihat bagaimana bahasa digunakan untuk menyampaikan idea, kita bawa dua contoh berikut.  Secara kebetulan dua idea besar ini masih panas dibincangkan oleh pelbagai pihak.  Oleh itu kita coba cari makna besar dalam dua keputusan yang telah dibuat baru-baru ini.  Yang pertama,  keputusan oleh sayap ulama PAS dan yang kedua keputusan oleh PM Najib semasa mengumumkan dasar terbaru ekonomi untuk kaum Bumiputera. 

2.0  Sebagai contoh kita petik resolusi nombor SATU dalam RESOLUSI Multaqa Ulama SeMalaysia yang berbunyi begini:

Ulama haraki hendaklah memposisikan diri mereka dengan lebih berkesan sebagai pemimpin politik yang menyambung tugas para nabi-nabi.  Mereka hendaklah memahami tentang cabaran semasa dan mempertingkatkan keyakinan terhadap Allah bagi menegakkan Islam. 


3.0 Untuk memahaminya kita cari ungkapan-ungkapan yang pokok@penting dan huraikan maknanya mengikut jadual berikut.   




Bil.


Ungkapan dan ‘persoalan’ yang dibentangkan dalam resolusi SATU




Adakah ini makna lain yang setara  (equivalent) dengan ungkapan dan ‘persoalan’ yang dibentangkan?



Adakah ini juga makna ungkapan dan ‘persoalan’ yang bentangkan?




1



Resolusi Multaqa Ulama SeMalaysia.


Keputusan atau ketetapan Perhimpunan Ulama SeMalaysia


Ertinya, tajuk untuk memudahkan kefahaman ‘orang-orang biasa’ yang tidak ada latar belakang bahasa Arab atau sekolah agama ialah:

‘Keputusan Perhimpunan Sayap Ulama PAS’



2


Ulama haraqi


Ulama (yang) bertindak

Ulama mestilah bertindak. Ulama yang ‘diam’ bukanlah ulama.  Itukah maknanya?


Ertinya ungkapan dalam bahasa biasa ialah ‘Ulama bertindak’ 

Soalan-soalan lain:

Adakah ini bermakna bahawa selama ini ulama
lebih banyak ‘diam’ atau berdiam diri?

Di amping itu, dapatkah takrif ‘ulama’ itu dijelaskan dengan lebih terperinci? Ciri-cirinya, ilmunya, ‘kelulusan’nya? asal usulnya? dan lain-lainnya (dll) dan sebagainya (dsb). 










3


“Memposisikan diri mereka dengan lebih berkesan sebagai pemimpin politik yang menyambung tugas para nabi-nabi.”

 (Nota: lebih tepat ‘para nabi’.  ‘Para’ sudah membawa maksud jamak. Kekeliruan ini sama seperti dalam ungkapan ‘mereka-mereka’ yang tidak tepat kerana mereka sudahpun jamak.



Ulama sebagai pewaris nabi juga mestilah berkesan sebagai pemimpin


‘Memposisikan diri mereka dengan lebih berkesan sebagai pemimpin politik’

Mungkinkah ungkapan ‘memposisikan diri mereka’ di atas lebih dekat dengan versi Inggerisnya iaitu “to position themselves” yang membawa maksud “mempersiapkan diri mereka”?

Jika ‘YA’ kenapakah  tidak digunakan “mempersiapkan diri mereka”  saja? 

Atau makna sebenar ungkapan ini bukanlah begitu?

Apakah maksud sebenar yang mahu disampaikan ialah:

“Ulama sebagai pewaris nabi juga mestilah mempersiapkan diri mereka sebagai pemimpin politik yang berkesan”?

Soalan-soalan lain:

Apakah ini bermakna bahawa sekarang ini kedudukan mereka ‘sebagai pemimpin politik’parti PAS dari sayap Ulama itu  masih kurang berkesan? 

Adakah ini bermakna bahawa selama ini ulama (yang menjadi ahli politik dan dilantik sebagai ADUN, EXCO atau pun YDP, sekadar contoh)  itu kurang berkesan?  Jika inilah yang dimaksudkan apakah ‘posisi’/jawatan yang boleh membuat ulama sebagai ahli politik ini LEBIH berkesan?







4



“Mereka hendaklah memahami tentang cabaran semasa dan mempertingkatkan keyakinan terhadap Allah bagi menegakkan Islam.” 





“... dan mempertingkatkan keyakinan terhadap Allah bagi menegakkan Islam.”


Tidakkah ungkapan ini ‘seolah-olah’ menggambarkan bahawa para ulama yang bersidang itu “belum cukup yakin terhadap Allah bagi menegakkan Islam.” 

Jika bukan ini yang dimaksudkan,  apakah maksud sebenarnya? 

Kenapakah ungkapan diperlukan?





4.0 Sebagai perbandingan, cuba perhatikan teks Najib berhubung Dasar Ekonomi Baru Versi terbaru yang diumumkannya baru-baru ini.  Kita ambil 3 (tiga ) contoh.   


Sebagai satu dasar, perkara-perkara yang digariskan (63, 64 dan 64) jelas dan boleh diterjemahkan ke dalam bentuk tindakan atau pelan tindakan.  Misalnya,  perkara 65 menjelaskan bagaimana kerajaan akan memilih usahawan yang dikehendakinya.  (Di sini kita tidak berniat untuk membincangkan apakah pelaksanaan ‘idea ekonomi’ ini berkesan atau apakah ia hanya ditujukan kepada kroni dan suku sakat semata-mata!).     

63.  Towards this aim, a new and unique financing scheme named Bumiputera New Entrepreneurs Starting Scheme or Superb would be introduced. The scheme is aimed at aiding start-up companies. For this purpose, an allocation of RM100 million would be provided in a three-year period. 

64.  Superb will provide grants up to RM500,000 to creative and innovative new entrepreneurs in strategic sectors which had big potentials in the future. 

65.  The selection of bumiputera entrepreneurs would be based on merit and would be done by a panel of entrepreneurs who are already successful. Furthermore, new entrepreneurs who were picked would also be mentored by those who were already successful.     

Sumber:  Full text: Over RM30bil to empower bumiputeras oleh BERNAMA, 6:33PM, 14 September 2013.

Demikianlah contoh bagaimana bahasa berfungsi untuk menyampaikan idea.  Di sini bukanlah kita bermaksud bahawa bahasa Inggeris itu lebih baik untuk menyampaikan ‘idea besar’ tapi paparan di atas lebih menjurus kepada aspek ‘bagaimana bahasa yang tak kesampaian’ boleh mematikan idea yang besar-besar.  Bukankah begitu?

Atau adakah ‘idea-idea yang tidak besar’ yang menggunakan ‘bahasa yang tidak kesampaian’ memberikan imej buruk kepada sesebuah organisasi?  

Wallahuaklam.



No comments: