Saturday, November 2, 2013

'Life ia a casting off', Arthur Miller





Setelah membaca dialog di bawah (Death of a Salesman, oleh Arthur Miller, Penguin: 2000:10) berikut:



WILLY: Figure it out. Work a lifetime to pay off a house. You
finally own it, and there’s nobody to live in it.


LINDA: Well, dear, life is a casting off. It’s always that way.


WILLY: No, no, some people- some people accomplish something.





Kita pun bercakap sendiri tentang rumah.  Ada pelbagai perkara yang bercakap-cakap dalam kepala:


1) Adakah anak-anak kita mampu lagi membeli rumah?  (Bukan soalan yang begini: Bila lagi anak-anak kita membeli rumah lagi?) 

2) Sampai sekarang ada yang masih membayar hutang rumah walau sudah bertahun-tahun pencen.

3) Tuhan masih sayang kerana masih diberikan nyawa untuk tinggal di rumah yang belum lunas hutangnya.

4) Bagi yang berduit ertinya yang kaya raya, rumah itu komoditi untuk diniagakan.  Dan Sistem Kita Itu membolehkan rumah dijadikan komoditi untuk meraup untung@spekulasi semahu-mahunya dan sebanyak-banyaknya.  Ya, memang SALAH KITA juga kerana menjadi miskin.  Kenapakah tidak jadi kaya dan berhenti merungut?





No comments: