Wednesday, February 26, 2014

Pabila kampung dilupuskan...






Lenyap kampung, maka lenyaplah akar budayanya

 
Sebuah kampung tradisional yang dilupuskan dari muka bumi misalnya dek ‘pembangunan’ tidak sempat meninggalkan zuriat dan keturunannya kerana di tempatnya akan dibangunkan sesuatu yang lebih baru dan moden, sesuatu yang serba gemerlapan seperti apartmen mewah, segala macam mall dan gedung pencakar langit.  Sesungguhnya bukan itu saja yang lenyap dan pupus dari kampung yang dilupuskan; masyarakat yang pernah lahir, hidup dan tumbuhbesar bersamanya mungkin selama berabad-abad itu juga turut dicabut sehingga ke akar-akarnya.  Ya, segala bentuk akar budaya sebuah kampung tradisional ‘silam dan kuno’ itu perlu dibuang jauh-jauh demi untuk memberikan tempat buat sesuatu yang lebih moden, mutakhir sesuatu yang ‘in-thing’ agar serasi dengan sebuah dunia yang global.

Konsep pembangunan yang menyingkirkan segala lorong, denai, jalan setapak, alur dan anak-anak sungai yang serba dhaif sebuah kampung tradisional untuk digantikan dengan jalan-jalan beraspal licin dan parit dan longkang konkrit (keras, kaku dan angkuh itu) adalah pembangunan menukar wajah kampung supaya menjadi lebih moden, terkini dan selesa.  Pembangunan juga membawa bersamanya prasarana komunikasi yang mutakhir sehingga maklumat sudah berada di hujung jari. Pendek kata, ‘pembangunan moden’ membawa gaya dan falsafah baru sebuah kehidupan.

Pendek kata sebuah kampung tradisional yang dibangunkan semula supaya menjadi moden membawa bersamanya unsur-unsur moden dan terkini.  Sebuah anak sungai kurang yang keruh perlulah dilongkangkan supaya ia menjadi moden, membangun.  Tanah taneh anak-anak yang hitam pekat yang selama ini memberikan nyawa kepada segala hidupan air mestilah dibangunkan semula dan dimodenkan dengan konkrit.  Biarlah pupus segala rumpai, anak-anak ikan, anak-anak berudu dan sepatung kerana semua itu tidak cukup moden.

Sesungguhnya bukan itu saja yang lenyap dan pupus apabila sebuah kampung itu dilupuskan; masyarakat yang pernah lahir, hidup dan tumbuhbesar bersamanya mungkin selama berabad-abad juga turut dicabut sehingga ke akar-akarnya ― untuk dilupuskan.  Ya, segala bentuk akar budaya sebuah kampung tradisional yang ‘silam dan kuno’ itu perlu dibuang jauh-jauh demi untuk memberikan tempat buat segala yang lebih moden, mutakhir sesuatu yang ‘in-thing’ agar serasi dengan sebuah dunia yang global.

Dalam suasana riuh rendah pembangunan yang menjerkah setiap sudut kehidupan ini, Paksi bersama Kampong Banda Dalam terus berusaha untuk melakukan sesuatu.  Berusaha untuk menyampaikan mesej bahawa ‘kerja-kerja membangun’ itu bukanlah bermakna mencabut segala akar budaya sebuah bangsa.  Sehubungan itu pasukan Kampong Banda Dalam dan Paksi telah ke Kampong Lendu, Melaka untuk melihat apakah yang terjadi apabila sebuah kampung diangkat oleh seniman profesional UiTM Melaka.  Apakah usaha kecil-kecilan seperti dapat menyelamatkan Kampong Banda Dalam dari dipupuskan secara total dari muka bumi ini?  Apakah sudut pandangan Sang Penguasa terhadap pembangunan kampung tradisional di tengah-tengah kota raya dapat disemak semula supaya menjadi lebih mesra manusia dan juga budayanya?  Atau apakah segala unsur-unsur ini tak lagi punya makna apa-apa,  seperti tak bermakna apa-apanya Kampong Abdullah Hukum di Kuala Lumpur itu?




No comments: