Friday, May 9, 2014

UMNO: Hero baru hudud





Hudud: Maka masuklah sang hero dan king maker baru, UMNO


Dengan 88 orang AP (ahli parlimen) yang dimiliki UMNO  di parlimen Malaysia, maka bukankah Umnolah yang menjadi king maker hudud?  Pasti ada sebab tertentu yang sangat besar dan strategik kenapa tiba-tiba saja hudud telah diangkat oleh Umno menjadi satu agenda penting di negara Malaysia.  Tentulah ada sebab musabab besar kenapa perubahan sikap Umno itu terjadi dengan tiba-tiba.  Satu perubahan pendirian yang maha besar dan mendadak seperti ini tidak akan berlaku tanpa penelitian yang mendalam.  Bukankah perubahan pendirian ini bakal memberikan impak besar ke dalam batang tubuh Umno itu sendiri?  Kita terfikir kemungkinan-kemungkinan berikut:

Pertama, para pemimpin besar Umno telah didatangi kesedaran yang mendalam bahawa sejak merdeka, Umno telah berdosa besar kerana menghalang hasrat dan iltizam Pas mahu menegakkan hukum Shariah di Malaysia.  Oleh kerana Umno secara satu kumpulan telah sedar dengan dosa besar, maka ia mahu bertaubat.  Nah, hudud untuk Malaysia tak boleh dielakkan lagi.

Kedua, para pemikir strategik Umno yakin dan percaya bahawa hudud yang dengan sengaja diangkat menjadi agenda penting Umno itu boleh menghasilkan pelbagai laba politik dalam pelbagai bentuk.  Selain laba politik, hukum hudud sudah pasti bakal membuat rumah tangga musuh politiknya, Pakatan Rakyat di bawah pimpinan kolektif Anwar-Hadi-Kit Siang menjadi kacau bilau. Yang paling diinginkan ialah agar Pakatan Rakyat meletup dan berkecai.  


2.0 Ancaman boleh diubah menjadi peluang dan kesempatan


Apa yang direkabentuk, diperam dan dilaksanakan oleh Umno itu tentulah telah dibaca, dikunyahnya semasak-masaknya sebelum ia ditelan.  Dan setelah membacanya dengan semasak-masaknya, Umno pastilah sudah cukup yakin bahawa hudud itu senjata yang menguntungkannya ― jika tidak kenapakah Umno mahu bersusah payah mahukan hudud ― KECUALILAH ― para pemimpin besar Umno itu ― secara kolektif telah tiba-tiba insaf lalu mahu bertaubat?  Mungkinkah begitu? 


Apa pun,  terdapat satu dua aspek yang menarik untuk direnungi.  Bukankah dalam keadaannya seperti sekarang ini,  hudud itu dilihat sebagai satu ancaman besar kepada Pakatan Rakyat kerana pada perkiraan ramai,  perang hudud PAS-DAP akan membawa perpecahan Pakatan Rakyat?  Sebenarnya apakah yang sering mengancam itu TIDAK boleh sama sekali diubah menjadi peluang keemasan, malah pelbagai peluang keemasan?  Kita percaya ada aspek-aspek tertentu yang boleh diterokai sepenuhnya oleh Pakatan Rakyat buat mengasak perancangan hudud Umno sekarang ini, hudud Umno.  Apakah hukum hakam Syariah seperti Akta Mahkamah Syariah yang diluluskan oleh Umno selama itu memenuhi kehendak Syariah sepenuhnya, misalnya hukum sebatan 6 kali rotan kerana jenayah zina itu? 


3.0 Rakyat biasa tetap skeptikal kerana bersebab


Sebagai seorang rakyat biasa, kita tetap skeptikal dengan huha hudud Umno ini.  Kita yakin sebuah pemerintah yang baik tidak hanya memikirkan undi dan kuasanya semata-mata. Sebuah pemerintah yang bertanggungjawab,  dunia dan akhirat,  tidak hanya sibuk memikirkan bagaimana ia boleh terus berkuasa dengan mengekalkan kuasa yang dipinjamkan kepadanya itu.  Sebuah pemerintah yang baik sentiasa bertanggungjawab termasuk kepada anak cucu cicit segala rakyat Malaysia yang masih belum lahir.  Itulah sebabnya dalam konteks hukum hudud ini SETIAP orang rakyat Malaysia bertanggungjawab untuk menyatakan pendirian masing-masing walaupun mereka pada asasnya amat jelak@benci dengan perangai orang-orang politik dan politik yang kotor itu.


Nah sebagai penutup, mungkin petikan di bawah ini relevan:

Bahawa dalam kehidupan kita di Malaysia ini ada perkara lain yang mesti diperjuangkan sebelum hudud:

“Arguments aside, there are also vast differences between theory and practice. One will find instances of criminal categories, procedures and punishments that do not really conform to the reality.”

Viktor Wong dalam “The maze of hudud: its politics and its implications”  http://www.theantdaily.com/Main/The-maze-of-hudud-its-politics-and-its-implications
09/05/2014 - 09:30




No comments: