Tuesday, June 17, 2014

Persempadanan semula: Apa kata Wan Nik






Persempadanan semula bahagian pilihan raya
PAS PERLU SERIUS


Wan Nik Wan Yussof dalam Harakah cetak bilangan 1955 (hal N5) menutup tulisannya dengan tajuk di atas begini:


“Bagi PAS mahupun rakan Pakatan Rakyat, peluang mengemukakan syor itu sebaiknya dimanfaatkan secara serius bila tiba masa pameran nanti.  Ia boleh dibuat atas nama pihak ketiga, iaitu kumpulan 100 orang atau lebih pemilih tempatan di mana bahagian pilihan raya yang memerlukan cadangan balas atau bantahan kepada SPR.  Kepentingan utama syor representasi itu adalah bagi memastikan draf sempadan baru itu tidaklah menyebelahi pemertintah atau mirip mengekalkan kuasa BN.”


Kita menyeru SELURUH rakyat Malaysia memberikan perhatian serius tindakan persempadanan semula bahagian pilihan raya ini.


Dalam konteks ini, apakah SPR (sebagai ‘pengadil’ urusan persempadanan ini) boleh kita percayai?

Jika TIDAK, apa yang perlu dilakukan?

PS:

Silalah lawati  TINDAK Malaysia, dan lakukanlah sesuatu.