Tuesday, July 15, 2014

Perubahan. Bila?





Perubahan (Change)
(“...cemuhan kaum tua apabila kaum muda membolehkan sembahyang tanpa songkok...”)


Mari kita teliti dua petikan di bawah yang antara lain menceritakan tentang perubahan (change).  Sekali imbas, terasa betapa lucu dan peliknya;  kenapakah hal-hal seperti itu boleh berlaku kepada masyarakat ‘di zaman-zaman’ tersebut? 


Petikan SATU: Tentang pertelagahan kaum muda dan kaum tua


“Adalah menjadi cemuhan kaum tua apabila kaum muda membolehkan sembahyang tanpa songkok, memakai talileher dan membolehkan orang-orang suda(h) naik haji tidak memakai serban serta memotret gambar serta menuntun filem. Orang-orang kaum muda pula sengaja menunjuk-nunjukkan amalan dan cara pakaian yang tidak disukai oleh kaum tua itu, seperti sembahyang Hari Raya memakai celana panjang, bertalileher dan juga dalam lain-lain hal yang bertentangan dengan adat kebiasaan.”


 “Pertumbuhan kesedaran sosial orang-orang Melayu di Melaka pada tahun-tahun 1920an dan 30an” oleh Ahmat Adam  (http://journalarticle.ukm.my/504/1/1.pdf). 


Petikan DUA:


“ Echoing many who in the mid-twentieth century doubted whether Muslims could choose between “Mecca and mechanization,”  the Japanese expressed strong doubts that Muslims would embrace modernization, given their religion and culture.  In an attempt to break through their stereotypes, I told them how as a young boy I was disappointed when I received a gift made in Japan.  The “wisdom” of the time was that a product “made in Japan” was cheap and inferior to anything made in America; it was inconceivable that the Japanese would ever challenge American technological superiority.  Yet here I was today, I announced, the proud owner of a Lexus!  The light suddenly went on for many of our listeners.”


Ini adalah petikan di bawah bab tiga “ Where are the Muslim reformers?” dalam buku “The Future Of Islam” oleh John L. Esposito


Petikan pertama misalnya memaparkan tentang ‘Islam’ dan ‘tidak Islam’nya sesuatu jenis pakaian atau cara-cara seseorang Islam itu berpakaian.  Seluar panjang@pentelon(?) dan talileher adalah pakaian yang tidak selaras dengan norma atau amalan ketika itu, makanya ia menjadi persoalan.  (Agaknya,  sepuluh tahun dari sekarang, apakah nama “Allah” itu masih lagi menjadi masalah besar kepada orang-orang Melayu?  Atau ketika itu, kita terus kekal sebagai satu-satunya bangsa di dunia ini yang masih lagi berebut-rebut hak ekslusif sebuah nama?)


Petikan kedua mengingatkan pengalaman penulis sendiri semasa masih di bangku sekolah menengah, di Sungai Petani, Kedah.  Ia kisah awal tahun-tahun 60an tatkala kereta Jepun mula memasuki pasaran Malaysia.  Mengikut tanggapan umum ketika itu, kereta-kereta buatan Mat Salleh seperti Volvo dan Volkswagon adalah ‘kereta yang sebenar’ jika dibandingkan dengan kereta buatan Jepun.  Saya masih ingat lagi komen seorang kawan tentang kereta buatan Jepun, “ Macam dibuat dari tin Milo!”  Bukankah itu sejarah silam?


2.0  Apakah bentuk perubahan yang bakal kita lalui dan berapa besarkah perubahannya kelak?


Dua buah petikan ini membuat kita kian tertanya-tanya: 


Bila lagikah kita di Malaysia ― khususnya orang-orang Melayu ―  dapat mendengar, membaca dengan jelas dan berani suara-suara lantang tentang perubahan yang dinanti-nantikan itu? 

Adakah perubahan-perubahan itu cukup besar sehinggakan ketika itu seluruh rakyat Malaysia bakal melihat sinar bercahaya yang diidam-dambakan itu? 




1 comment:

Joyce Burke said...

Apprreciate you blogging this