Perubahan (Change)
(“...cemuhan
kaum tua apabila kaum muda membolehkan sembahyang tanpa songkok...”)
Mari kita
teliti dua petikan di bawah yang antara lain menceritakan tentang perubahan
(change). Sekali imbas, terasa betapa lucu
dan peliknya; kenapakah hal-hal seperti
itu boleh berlaku kepada masyarakat ‘di zaman-zaman’ tersebut?
Petikan SATU: Tentang pertelagahan kaum muda dan
kaum tua
“Adalah
menjadi cemuhan kaum tua apabila kaum muda membolehkan sembahyang tanpa
songkok, memakai talileher dan membolehkan orang-orang suda(h) naik haji tidak
memakai serban serta memotret gambar serta menuntun filem. Orang-orang kaum
muda pula sengaja menunjuk-nunjukkan amalan dan cara pakaian yang tidak disukai
oleh kaum tua itu, seperti sembahyang Hari Raya memakai celana panjang, bertalileher
dan juga dalam lain-lain hal yang bertentangan dengan adat kebiasaan.”
“Pertumbuhan kesedaran sosial orang-orang
Melayu di Melaka pada tahun-tahun 1920an dan 30an” oleh Ahmat Adam (http://journalarticle.ukm.my/504/1/1.pdf).
Petikan DUA:
“ Echoing many
who in the mid-twentieth century doubted whether Muslims could choose between “Mecca
and mechanization,” the Japanese
expressed strong doubts that Muslims would embrace modernization, given their
religion and culture. In an attempt to
break through their stereotypes, I told them how as a young boy I was disappointed
when I received a gift made in Japan.
The “wisdom” of the time was that a product “made in Japan” was cheap
and inferior to anything made in America; it was inconceivable that the Japanese
would ever challenge American technological superiority. Yet here I was today, I announced, the proud
owner of a Lexus! The light suddenly
went on for many of our listeners.”
Ini adalah
petikan di bawah bab tiga “ Where are the Muslim reformers?” dalam buku “The
Future Of Islam” oleh John L. Esposito
Petikan
pertama misalnya memaparkan tentang ‘Islam’ dan ‘tidak Islam’nya sesuatu jenis pakaian
atau cara-cara seseorang Islam itu berpakaian.
Seluar panjang@pentelon(?) dan talileher adalah pakaian yang tidak
selaras dengan norma atau amalan ketika itu, makanya ia menjadi persoalan. (Agaknya, sepuluh tahun dari sekarang, apakah nama “Allah”
itu masih lagi menjadi masalah besar kepada orang-orang Melayu? Atau ketika itu, kita terus kekal sebagai
satu-satunya bangsa di dunia ini yang masih lagi berebut-rebut hak ekslusif sebuah
nama?)
Petikan kedua
mengingatkan pengalaman penulis sendiri semasa masih di bangku sekolah menengah,
di Sungai Petani, Kedah. Ia kisah awal tahun-tahun
60an tatkala kereta Jepun mula memasuki pasaran Malaysia. Mengikut tanggapan umum ketika itu, kereta-kereta
buatan Mat Salleh seperti Volvo dan Volkswagon adalah ‘kereta yang sebenar’
jika dibandingkan dengan kereta buatan Jepun.
Saya masih ingat lagi komen seorang kawan tentang kereta buatan Jepun, “
Macam dibuat dari tin Milo!” Bukankah
itu sejarah silam?
2.0 Apakah bentuk perubahan yang bakal kita lalui
dan berapa besarkah perubahannya kelak?
Dua buah
petikan ini membuat kita kian tertanya-tanya:
Bila lagikah kita
di Malaysia ― khususnya orang-orang Melayu ―
dapat mendengar, membaca dengan jelas dan berani suara-suara lantang
tentang perubahan yang dinanti-nantikan itu?
Adakah perubahan-perubahan
itu cukup besar sehinggakan ketika itu seluruh rakyat Malaysia bakal melihat sinar
bercahaya yang diidam-dambakan itu?
1 comment:
Apprreciate you blogging this
Post a Comment