Jika kita perhatikan
tamsil bidalan George Orwell dalam novel satiranya yang tersohor “Animal Farm”,
manusia dan babi itu sama saja serakah dan hodoh kelakuannya pabila memperolehi
kuasa. Dalam ayat terakhir novel yang
diterjemahkan menjadi “Kandang Politik”, ITBM:2014 oleh Al-Mustataqeem Mahmod
Radhi, kita temui gambaran sinikal berikut:
“Makhluk-makhluk
di luar beralih melihat daripada babi kepada manusia, kemudian daripada manusia
kepada babi, dan kemudian sekali lagi daripada babi kepada manusia; namun
mustahil kini untuk membezakan antara kedua-duanya.”
Jadi apakah
tidak tepat jika George Orwell yakin sekali yang manusia dan babi itu sama saja
pabila dijangkiti virus gila kuasa?
No comments:
Post a Comment