Apa Pas perolehi apabila ia bergabung dengan Umno?
Tiba-tiba desas
desus gabungan Pas dan Umno itu 'bangun' semula.
Mengikut puak tertentu, idea ini lebih setahun dibincangnya. Dan ini bukanlah kali pertama kem Pakatan
Rakyat menjadi panas ― panas akibat idea sesetengah pihak dalam Pakatan Rakyat yang
bersungguh-sungguh mahu merealisasikan kuasa mutlak Melayu-Islamnya bersama Umno
ini. Rumah tangga Pakatan Rakyat pernah riuh
semasa idea UG, Unity Government gah dibincangkan. Oleh kerana idea gabungan Pas-Umno sering
berulang, terdapat soalan-soalan yang sering terlintas dalam benak para
penyokong Pakatan. Salah SATU soalan
utama:
“Apakah Pas DAPAT apabila ia bergabung dengan
Umno?”
Untuk mendapatkan
gambaran habuan serta faedah kerana gabungan dan kerjasama Pas-Umno, sila
teliti apa yang Pas pernah perolehi satu ketika dulu. Untuk paparan yang lengkap, sila lawati blog
di bawah ini. Di sana terdapat pelbagai
sumber rujukannya oleh Ustaz-blogger (blogger-Ustaz) ini.
BUTIR-BUTIR
PERSETUJUAN YANG TELAH DICAPAI DI DALAM PERUNDINGAN PAS-PERIKATAN YANG AKAN
DITANDATANGANI OLEH KEDUA-DUA PIHAK APABILA KERAJAAN CAMPURAN DIUJUDKAN
- Sebuah kementerian akan diberikan kepada PAS, iaitu Kementerian Kemajuan Tanah dan Tugas-tugas Khas yang akan bertanggungjawab dalam hal ehwal tanah, pembukaan dan kemajuannya, dan juga perkara-perkara yang lain yang akan ditentukan oleh Perdana Menteri dari satu masa ke satu masa
- Menteri yang tersebut di atas akan dilantik dengan persetujuan Raja-Raja menjadi Timbalan Pengerusi Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia.
- Jawatan-jawatan Timbalan Menteri, Setiausaha Parlimen, Setiausaha Politik dan sebagainya bolehlah dipenuhi setelah menteri berkenaan berunding dan mendapat persetujuan Perdana Menteri.
- Perdana Menteri akan menimbang calon-caln yang ditunjukan Oleh PAS bagi menjadi Anggota Dewan Negara bila ada kekosongan.
- Perdana Menteri akan menimbang pemimpin-pemimpin PAS yang layak untuk menyertai rombongan rasmi ke luar negeri dan jawatan-jawatan perkhidmatan di luar negeri yang difikirkan sesuai dan menasabah.
- Kerajaan akan menimbang mana-mana ahli PAS yang difikirkan sesuai untuk mengambil bahagian dalam jawatankuasa lembaga, dan perbadanan-perbadanan bagi pertimbangan Perdana Menteri.
- Dua orang Anggota Dewan Negeri Kelantan dari Partai Perikatan yang ditunjukkan Oleh partainya akan dilantik menjadi EXCO Negeri.
- Dua orang Anggota Dewan-dewan Negeri Kedah dan Terengganu dari parti PAS dari tiap-tiap negeri itu yang ditunjukkan oleh partainya akan dilantik menjadi ahli-ahli EXCO negerinya masing-masing.
- Selama Kerajaan Campuran Perikatan-PAS itu ujud hendaklah tiada ada sebarang pertandingan antara PAS dan Perikatan di dalam pilihanraya kecil di dalam kawasan masing-masing kecuali kawasan di mana telah dimenangi Oleh partai yang lain maka perundingan hendaklah diadakan terlebih dahulu.
- Begitu juga kawasan-kawasan pilihanraya yang dimenangi Oleh PAS di dalam pilihanraya umum, 1969 yang kemudiannya ahli-ahli Yang Berhormat yang berkenaan terhenti daripada menjadi ahli PAS, maka sekiranya berlaku pilihanraya kecil dalam kawasan pilihanraya tersebut, maka satu perundingan hendaklah diadakan; jika sebarang persetujuan tidak tercapai dalam perundingan itu maka pertandingan seperti biasa bolehlah diadakan.
- Hendaklah tidak ada sebarang ikatan atau perjanjian untuk menghadapi sebarang pilihanraya umum yang akan datang. Segala sesuatu akan dibincangkan kelak apabila tiba waktunya.
- Kebebasan anggota-anggota PAS dalam Kabinet Pusat, EXCO Negeri, Parlimen dan majlis Undangan Negeri untuk membangkang cadangan atau undang yang berlawanan dengan Islam hendaklah terjamin.
- Sebuah Jawatankuasa Penyelaras hendaklah ditubuhkan dengan anggota-anggota di antara PAS dengan Perikatan.
PEJABAT AGUNG,
PERSATUAN ISLAM SE TANAH MELAYU (PAS),
300-6B JALAN PEKELILING, KUALA LUMPUR.
20hb. Disember, 1972
14hb. Zulqa’adah, 1392
No comments:
Post a Comment