Kenapa ‘Suara Barua Yang Reformis’ amat penting
( Bagaimana para pemikir dan strategis Umno
telah berjaya menelanjangi PAS via konsep KerajaanG PerpaduanG, khususnya dalam
episod latah krisis MB Selangor)
Mazhar Yusof II (Sumber fb: https://www.facebook.com/photo.php?fbid=583810321742215&set=a.246256572164260.55322.100003397578084&type=1)
(Komen Nazri Abdul Aziz berhubung tulisan Lim Hong Siang berjudul, “Pas
Yang Saya Kenali”)
“SEORANG ulama besar memanggil bekas tahanan ISA, Saari Sungib, sebagai
barua! Saya ada dua soalan. Pertama, adakah Islam benarkan kita menggunakan
kata-kata kesat kalau berhadapan dengan musuh?
Kedua, kalau dia memang barua, dia takkan begitu berani melawan ISA! Barua itu ada makna positif ke yang terselindung?” Saya terkejut seorang mualaf tanya saya soalan yang mencabar ini.
Saya berjenaka, “Dulu, perkataan Inggeris bad mempunyai makna negatif. Tapi Michael Jackson sudah mempositifkannya dengan menyanyikan lagu popular Bad. Sesiapa yang melawan budaya konformis digelar bad! Bahkan, yang bergelar good itu pula dipandang anti-reformis! Saya tak hairan kalau ada lagu Barua pula. Tapi yang saya risau ialah istilah barua lebih dipandang tinggi daripada istilah alim satu hari nanti!”
Krisis MB Selangor bukan sekadar krisis Pakatan Rakyat. Ia mempunyai impak yang berkekalan terhadap pandangan rakyat biasa terhadap wacana Islamisasi secara umum, melangkaui batas kepartian. NGO dakwah dan parti Muslim yang lain perlu mengambil iktibar daripada krisis ini.
Apabila suara tidak puas hati timbul yang mencabar mana-mana institusi sosial, biasanya suara-suara ini akan diremehkan, dan dianggap bersifat barua, iaitu ia hanya kekeliruan yang boleh diperbetulkan kembali, hanya bersifat sementara tidak akan ada impak jangka panjang yang serius terhadap dasar.
Cara lama berfikir, budaya kerja yang diwarisi tidak perlu dikaji semula, apatah lagi diubah. Dalam bahasa terkini, tidak perlu kepada anjakan paradigma. Contohnya, definisi ulama, prinsip kepimpinan ulama dan walaa’ kepada ulama tidak perlu dikaji semula. Kekalkan yang ada dengan sekadar membaruakan musuh warisan.
Jika pada tahun 2040, bila umat Islam kecundang, adakah kita akan menyalahkan barua-barua 2040 pula sedangkan benih-benih kehancuran sebenarnya sudah pun tertanam pada tahun 2014?
Apabila seorang Muslim nampak seorang Cina, reaksi pertamanya bila ditanya tentang agama orang Cina itu ialah, “Dia kafir.” Bila kita kata, “Kamu silap. Dia Cina Muslimlah!” Mungkin dia akan bersifat defensif terhadap paradigma umum, lalu menjawab, “Dulu dia Cina, sekarang dia Muslim ya? Alhamdulillah!”
Tanpa sedar, jawapan sahabat kita ini masih berada dalam paradigma yang sama bahawa masuk Islam, masuk Melayu. Kalau masuk Islam, mesti buang bangsa! Maka, dulu dia Cina, sekarang dia bukan lagi Cina. Dia sudah menjadi Muslim seolah-olah agama sama dengan bangsa. Besar mungkin sahabat Muslim ini bukan rasis dan tidak sedar pun apa yang dia kata.
Ini paradigma Muslim. Bagaimana paradigma penganut agama lain pula terhadap Islam?
Bagi mereka, Islam bukan sekadar dilihat sebagai Agama Persekutuan. Ia dilihat sebagai agama ulama sebagaimana Pas dilihat sebagai parti ulama. Islam bukan untuk semua sebagaimana bukan semua pemimpin, hatta pimpinan pusat Pas mempunyai suara kuat dalam syura. Syura adalah Syura Ulama.
Mengapa kaitkan Islam dengan Pas? Kerana ia menggunakan label islamik dan kerana rakyat melihat pelaksanaan Islam secara praktis, bukan sekadar teori Islam seperti dalam ceramah, lawak jenaka dan konsert selawat! Actions speak louder than words!
Maka, bila ulama Pas mengkhianati rakannya DAP, ia dilihat Islam yang halalkannya. Bila ulama Pas memberi hukum bahawa haram wanita menjadi MB, ia dilihat Islam yang haramkan. Komen seorang jurucakap MCA sudah cukup meringkaskan paradigma ke arah menyamakan pendapat ulama dengan agama Islam.
“Kami hormati pandangan Islam tentang wanita, tetapi kami tidak setuju.” Logik rakyat biasa adalah mudah: kalau ulama bercakap tentang Islam, itulah Islam. Takkanlah pemandu teksi lebih pandai daripada ulama dalam soal hukum hakam agama.
Sebagaimana seorang Muslim mungkin menyamakan bangsa Cina dengan perkataan kafir, begitu juga penganut agama lain menyamakan ulama dengan Islam seperti. ‘ulama kata’ maknanya ‘Islam kata’. Paradigma ini hanya akan berubah jika yang alim konformis berusaha mendengar suara barua reformis.
* Abdul Naser Abdul Rahman ialah tokoh pendakwah Perak

No comments:
Post a Comment