DAKWAAN NIK ABDUH MEMALUKAN PAS
Saya menolak sekeras-kerasnya
dakwaan AJK Pas Pusat, Nik Abduh Nik Aziz yang mendakwa PAS dibuli PKR dan
DAP. Tuduhan bersifat amat provokatif
tapi amat mengaibkan. Hanya orang yang kurang cerdik
dan tak berani saja yang boleh dibuli.
Saya tak boleh
bersekongkol menuduh pemimpin-pemimpin PAS bodoh dan penakut. Hentikanlah
kenyataan-kenyataan provokatif yang akhirnya menikam diri sendiri. Jika tidak berpuas hati isu EXCO Selangor
dulu 4 (empat) orang kini 3 (tiga) datang jumpa yang berkenaan, tanya kenapa
jadi begitu, bincang tak ada masalah yang tak boleh selesai.
Ishak Surin
YDP Pas Batu
29 September
2014.
No comments:
Post a Comment