Thursday, September 25, 2014

Remove the RAT





Damage control?
(Nay, remove the RAT!)


Labu tidak perlu diperbaiki tikus kerana dalam keadaannya yang asli, (buah) labu itu sudah cukup cantik; tiada cacat celanya walaupun bentuk umumnya mengingatkan kita kepada perut wanita-wanita kaya yang terlebih lemak.  Jadi labu, buah labu tak perlulah diperbaiki oleh sesiapa pun.  Sekiranya ia tetap mahu diperbaiki maka akan rosak binasalah labu jadinya. Itulah yang diperikan oleh peribahasa seperti tikus memperbaiki labu.  Ertinya,  menurut logik peribahasa ini sekiranya mana-mana tikus dibenarkan juga untuk memperbaiki labu maka yang rosak adalah labunya.  Jadi orang-orang Melayu sentiasa bimbang setiap kali melihat tikus berkeliaran untuk memperbaiki labu.

Jika sebuah organisasi itu labu dan pemimpin besarnya tikus ― yang perlu diawasi ― ialah tikusnya. Segala ahli organisasi mestilah sentiasa waspada agar tiada lagi tikus yang dapat mendekati labu.  Sekiranya Tikus besar telah terlanjur memasuki rumah dan ia telahpun ‘perbaiki’ labu, maka usaha yang wajar dilakukan ialah TIDAK membenarkan segala macam tikus terus-terusan memperbaiki labu.  Labu yang rosak ― yang tidak boleh diperbaiki lagi ― lebih enak dipengatkan atau pun disayurkan dengan cekur manis atau pun dijadikan lepat labu. Lalu apakah yang perlu para pemilik labu lakukan dengan Tikusnya?  Bagi kita yang sudah sekian lama menaruh harapan kepada kepimpinan (yang katanya) berteraskan wahyu itu, segala bentuk ‘damage contol’  tidak diperlukan lagi.  Yang lebih elok, yang lebih afdhal Tikusnya diperayut ke laut saja.



No comments: