Thursday, October 9, 2014

KITAkah TUKANG PAKSA ITU?



KITA yang suka memaksa


Kita memaksa kerana percaya kita betul. Kita sering memaksa kerana percaya nilai-nilai kitalah yang betul. Ertinya di sana ada 'kita' dan 'mereka'. JIKA diterbaliklah 'kita' dan 'mereka', apakah perasaan kita? Lalu, kenapakah sentiasa memilih kaedah memaksakan nilai-nilai kita terhadap orang lain? Kita betul?


Contoh 1:




Kita memaksa orang lain jangan minum arak kerana 'arak tidak baik untuk mereka'. Atau lebih luar biasa lagi - Allah melarang kalian minum arak.  Patuhlah! Titik.

Arak memang sukar diasingkan dari diriku dan kehidupanku.  Saudara perlu tahu, aku  minum arak baik semasa suka maupun  duka.  Jangan lupa arak juga ada dalam resepi masakan kami.  Dan kami selalu manfaatkan arak sebagai ubat.  Lalu bagaimana?


Contoh 2:


Katamu bahasa itu alat penyatuan dan itulah sebabnya kita perlukan bahasa penyatuan.  Jadi gunalah bahasa penyatuan itu di mana saja dan bila-bila saja.

Aneh, kau sendiri tidak percaya dengan seruanmu sendiri.  Di mana saja kau tidak menunjukkan contoh; dalam media, persidangan, seminar malah di mana saja kau jambankan saja bahasa penyatuanmu itu. Munafik maha besar itu bukankah kamu?


Contoh 3:

Bila kami yakin dan percaya...


  
 Siapakah jembalang yang telah membunuh kepercayaan itu?


 











No comments: