Wednesday, June 30, 2010

Dasar menghanguskan bumi!


Dalam bidang ketenteraan ia disebut sebagai a scorched earth policy iaitu dasar bumi hangus atau mungkin lebih tepatnya, dasar menghanguskam bumi semasa berundur.


Kenapa sampai tega menghanguskan bumi ini?


Mereka percaya mereka sudah pun kalah berperang. Untuk memastikan musuh yang sedang gencar mara itu tidak ada sebarang bekalan, lebih-lebih lagi makanan, maka segala yang boleh dimanfaatkan oleh musuh mestilah dimusnahkan dengan segera!


Dahulu kala, tanamanlah yang menjadi sasaran utama untuk dihanguskan kerana ia menjadi sumber makanan musuh.


Dalam konteks zaman moden ini, sebelum kalah mereka jual apa saja yang ada. Mereka melelong apa saja yang laku dan boleh mereka lelong. Biar padan muka mereka dan padan muka kita: Rakyat jelata. Itulah profil kita, manusia pemimpin abad ke 21, bijaknya menjahanamkan apa yang datuk nenek kita bersusah payah bina sejak sekian lama.


Belalang di udara, katak di bumi pun menyumpah-nyumpah tingkah dan perangai kita yang sangat tidak bertamadun ini!




No comments: