Sunday, June 19, 2011

Tukang fitnah dan para pengorek api

Fitnah: Taktik membohongi massa


Orang selalu menyebut tentang pendekatan pecah-dan-perintah dan matlamat menghalalkan cara, sebagai cara-cara jahat para penindas mahu terus berkuasa dengan menguasai massa.  Dalam konteks ini, terdapat satu lagi kaedah penting yang sering kali digunakan sebagai gandingan senjata jahat di atas ― fitnah dan adu domba.

ii.

Maka apabila massa dengan segala iltizamnya bangun untuk menyatakan dengan lantang sekali bahawa sesungguhnya pilihan raya di negara kita tidaklah  bersih dan menyebelahi Umno, ada para pembesar yang bingkas bangun lalu menjerit bahawa sesungguhnya seteru politiknya mahu menjatuhkan Umno (yang korup itu) dengan turun ke jalan raya.  Berita ini lalu dicanang medianya sebagai satu hakikat. 

Isu pokok iaitu perihal SPR yang menjadi alat penguasa itu ditenggelamkannya.


iii.

Apabila kita dalam GDB, Gerakan Selamatkan Dewan Bahasa dan Pustaka,  berkata bahawa sesungguhnya institusi yang lahir dari rahim perjuangan memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara sangatlah tenat dan sudah jauh terpesong, ada yang mengular hujah lalu  bersyarah bahawa di buana sekarang ini, bahasa Inggeris itu satu kemestian ― jika kita mahu kekal maju dan bijak mencari makan.

Tidak cukup dengan itu, kita sering melihat bagaimana kelompok rakyat yang sentiasa dambakan bahasa rasmi negara yang gagah mantap itu, kerap sekali dikaitkan dan ― digambarkan sebagai orang-orang picis mindanya dan ― pembenci bahasa Inggeris paling ulung.  Soal-soal pokok seperti roh dan semangat jati diri sebuah bangsa merdeka, undang-undang dan akta berhubung bahasa rasmi yang telah diluluskan oleh Sang Penguasa sedia ada itu sendiri,  sudah tidak menjadi penting lagi.

Maka rakyat yang dituduhnya fanatik bahasa rasmi ini pun mahu dilaga-lagakankannya dengan para pencinta dunia yang sudah global.  

Dan sebagai pengecut sejati yang ulung, orang-orang ini terus-terusan bermain wayang dan membaling batu...

Demikianlah besarnya jiwa para pemimpin ini.




No comments: