Friday, December 10, 2010

Kenyataan Akhbar PRM

Kepada pengarang yang dihormati,

Parti Rakyat Malaysia (PRM) sedang mengkaji dan mempertimbangkan  idea yang dibicarakan oleh para kader PRM dalam Kongres Nasional ke-42 PRM yang telah berlangsung  pada 14 November 2010.

Jika idea diterima oleh Mesyuarat Jawatankuasa Pusat (JKP) PRM yang akan diadakan pada Ahad ini bersamaan dengan 12 Disember 2010, individu-individu dari parti politik, pertubuhan-pertubuhan dan orang-perseorangan yang selama ini selalu meyumbangkan idea-idea progresif akan diundang untuk mencari jalan terbaik untuk masa depan negara ini. Jika Keadaan negara ini dibiarkan beredar dengan tersendiri seaperti sekarang, masa depan negara dan rakyat akan gelap.

Mereka  yang ada dalam  senarai undangan termasuk veteran pejuang kemerdekaan Ishak Surin,  Adun Dr Mohd Nasir, bekas menteri Zaid Ibrahim, Adun Teng Chang Kim, Adun Saari Sungib, Ahli Parlimen Khalid Samad dan Wee Choo Kiong, pakar Perlembagaan Profesor Aziz Bari, peguam hak asasi manusia Raja Aziz, bekas mufti Perlis Dr Mohd Asri dan lain-lain

Pada analisis dan telahan PRM, negara kita tidak dapat berkembang dan menemui jalan bantut  dalam era globalasasi yang pesat ini, bahkan amat jelas menjadi mundur, dan tekanan kehidupan rakyat kian hari kian besar, puncanya ialah semua sumber  dalam negara ini telah dikongkong  dan dimanipulasi oleh segelintir elit yang memerintah, elit pemerintah ini bersekongkolan dengan modal asing yang monopoli dan tidak berproduktif, melaksanakan dasar yang semata-mata menjaga kepentingan kumpulan modal monopoli ini.

Demi mencengkam dan mengawal sumber-sumber dan kekayaan dalam negara ini, modal monopoli ini mengada-adakan persengkitaan, menyemai rasa  curaga-mencuragai dan mencetus perpecahan antara kaum dan semua lapisan rakyat yang berlainan agama. Pada jangkaan PRM, sekiranya keadaan seumpama ini tidak diubahkan atau ditransformasi, malapetaka buruk akan menimpa rakyat dan negara.

Pada tanggapan PRM, seluruh pasaran dalaman dan antarabangsa telah dimanipulasi oleh kumpulan modal monopoli yang bersekongkolan. Rakyat akan mendapat manfaat dan merubah kehidupan semua dengan memecahkan dan memusnahkan keadaan monopoli ini. Oleh itu, ini memerlukan penggembelengan semua tenaga progresif barulah dapat menghapuskan manupulasi modal monopoli dan membawa kemakmuran dan keharmonian untuk rakyat dan negara.

Yang benar,



Koh Swe Yong
Setiausaha Agung
012-2766551



No comments: