Sunday, February 20, 2011

Hanya mereka saja

Dari The Malaysian Insider


“Najib cabar Pakatan tunjuk Kabinet bayangan
February 20, 2011

MELAKA, 20 Feb — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mencabar pembangkang yang begitu berhasrat untuk memerintah negara supaya memperlihatkan Kabinet bayangan mereka kepada rakyat.
Namun beliau berkata kalau di negara luar, penubuhan Kabinet bayangan di kalangan parti pembangkang merupakan satu perkara biasa.

“Di Malaysia kita cuma ada Kabinet kerajaan sahaja. Pembangkang tidak mampu dan tidak tahu untuk memberikan portfolio kepada tokoh yang sesuai di kalangan mereka,” katanya semasa berucap di majlis jamuan rakyat dan sambutan Tahun Baru Cina di Dataran Politeknik di Merlimau malam ini yang dihadiri kira-kira 10,000 orang rakyat.”
...
________________________________________

Kelakar juga cabaran ini.

Betul, kelakar kerana ini yang dijadikannya satu cabaran.   Mungkin ada yang berfikir bahawa para pemimpin Pakatan Rakyat bakal berkelahi ‘bagaikan nak rak’ sepertimana berperangnya orang-orang Umno ― berebut-rebut jawatan di bahagian!

Mungkin, sebagai petunjuk dan juga perbandingan,  lihat dan bandinglah saf kepimpinan negeri-negeri yang dikuasai Umno/BN dengan Pakatan Rakyat.

Setelah itu,  bandinglah juga prestasi mereka.

Apakah tak nampak sebarang perbezaannya?  Mustahil,  tak nampak ― perbezaannya.


ii.

Masalah paling besar yang dihadapi oleh mereka yang terlalu lama mencengkam kuasa ialah para penguasa kelas ini, telah tercabut-dan-terasing dari dunia sekeliling mereka.

Ya, mereka sudah tercabut dan terpisah dengan rakyat yang mereka pimpin. Mereka merasakan bahawa ― merekalah satu-satunya kelompok manusia yang mampu menjadi memimpin.

Bukankah ini tragedi buat sesuatu bangsa itu?

Ini juga tragedi kerana mereka ‘perasan’ ― merekalah yang terhebat! 

Kesiankan?



No comments: