Islam Melayu
Komunis: Wawancara Dengan Abdullah C.D., Rashid Maidin, Abu Samah SIRD, 2005
(halaman 13)
Soalan: Ada orang Melayu yang menolak PKM kerana menganggap komunis telah keluar
dari agama Islam. Apa pandangan Bapak
tentang hal ini?
Abdullah C.D.: Komunisme adalah musuh
kapitalisme. Fikiran anti komunis
sebenarnya ditimbulkan oleh penjajah sebagai bapa kapitalisme. Apa yang saya nampak dalam peerjuangan orang
Melayu selepas Perang Dunia Kedua, iaitu tahun-tahun 1945-48, orang Melayu yang
progresif (kiri) yang mahukan kemerdekaan pada umumnya tidak anti komunis,
sedangkan mereka yang rapat dengan penjajah, yang diwakili UMNO, yang kuat anti
komunis.
Dalam
perjuangan besar untuk kemerdekaan tanah air, kaum komunis, nasionalis, dan
agama telah bersatu melawan penjajah. Di
Malaya, PKM dan PKMM bekerjasama sangat rapat. Dr Burhanuddin, seorang tokoh
agama yang berpandangan jauh, adalah rakan seperjuangan saya yang paling
rapat. Front Persatuan Putera-AMCJA
merupakan contoh nyata gabungan pelbagai kekuatan tersebut. Dalam menghadapi penjajah British, PKM tidak
tampil ke depan, tetapi memainkan peranan terpenting di belakang barisan
bersatu tersebut. Hal ini juga berlaku
di Indonesia. Mereka telah membentuk front
persatuan di atas dasar NASAKOM, iaitu nasionalis, sosialis, agama dan komunis.
Dalam
perjuangan bersenjata melawan penjajah British pula, ramai tokoh agama yang
menyokong perjuangan bersenjata, khasnya Rejimen ke-10. Mereka menganggap perjuangan perajurit Rejimen
ke-10 sebagai jihad untuk memperjuangkan tanah air dan agama.
3 comments:
Tuan,
Sekadar ingin menampalkan , mungkin idea dan isu yang sama :http://gedungakal.blogspot.com/2012/06/meraikan-perbezaan-pendapat.html
Tk. Insyallah, kita akan ikuti. Sekali lagi terima kasih.
hairan pejuang kiri yg dituduh komunis bermaksud tiada agama, bermakna anti Melayu dan anti Islam.
jadi apakah pula agamanya Sir Henry Gurney, bekas Setiausaha Negara Pemerintahan Mandat Inggeris di Palestin, tahun 1947, sebelum Israel mengisytiharkan 'kemerdekaannya' itu?
Apakah pula agamanya pegawai2 dan kakitangan Inggeris yg memperlakukan jenazah Tok Janggut sedemikian rupa. Di gantung songsang, 3 hari 3 malam, diheret dgn kereta lembu ke seluruh Kota Bharu itu?
katakanlah komunis cina dan kapitalis inggeris - kedua2nya tak beragama. tapi aku memilih untuk bersama rakyat tertindas!
Post a Comment