Tuesday, June 5, 2012

Contoh pandangan yang berbeza


Islam Melayu Komunis: Wawancara Dengan Abdullah C.D., Rashid Maidin, Abu Samah SIRD, 2005 (halaman 13)   


Soalan: Ada orang Melayu yang menolak PKM kerana menganggap komunis telah keluar dari agama Islam.  Apa pandangan Bapak tentang hal ini?

Abdullah C.D.:  Komunisme  adalah musuh kapitalisme.  Fikiran anti komunis sebenarnya ditimbulkan oleh penjajah sebagai bapa kapitalisme.  Apa yang saya nampak dalam peerjuangan orang Melayu selepas Perang Dunia Kedua, iaitu tahun-tahun 1945-48, orang Melayu yang progresif (kiri) yang mahukan kemerdekaan pada umumnya tidak anti komunis, sedangkan mereka yang rapat dengan penjajah, yang diwakili UMNO, yang kuat anti komunis.

Dalam perjuangan besar untuk kemerdekaan tanah air, kaum komunis, nasionalis, dan agama telah bersatu melawan penjajah.  Di Malaya, PKM dan PKMM bekerjasama sangat rapat. Dr Burhanuddin, seorang tokoh agama yang berpandangan jauh, adalah rakan seperjuangan saya yang paling rapat.  Front Persatuan Putera-AMCJA merupakan contoh nyata gabungan pelbagai kekuatan tersebut.  Dalam menghadapi penjajah British, PKM tidak tampil ke depan, tetapi memainkan peranan terpenting di belakang barisan bersatu tersebut.  Hal ini juga berlaku di Indonesia.  Mereka telah membentuk front persatuan di atas dasar NASAKOM, iaitu nasionalis, sosialis, agama dan komunis.

Dalam perjuangan bersenjata melawan penjajah British pula, ramai tokoh agama yang menyokong perjuangan bersenjata, khasnya Rejimen ke-10.  Mereka menganggap perjuangan perajurit Rejimen ke-10 sebagai jihad untuk memperjuangkan tanah air dan agama.




3 comments:

Gedung Akal said...

Tuan,
Sekadar ingin menampalkan , mungkin idea dan isu yang sama :http://gedungakal.blogspot.com/2012/06/meraikan-perbezaan-pendapat.html

barajiwa said...

Tk. Insyallah, kita akan ikuti. Sekali lagi terima kasih.

Anonymous said...

hairan pejuang kiri yg dituduh komunis bermaksud tiada agama, bermakna anti Melayu dan anti Islam.
jadi apakah pula agamanya Sir Henry Gurney, bekas Setiausaha Negara Pemerintahan Mandat Inggeris di Palestin, tahun 1947, sebelum Israel mengisytiharkan 'kemerdekaannya' itu?
Apakah pula agamanya pegawai2 dan kakitangan Inggeris yg memperlakukan jenazah Tok Janggut sedemikian rupa. Di gantung songsang, 3 hari 3 malam, diheret dgn kereta lembu ke seluruh Kota Bharu itu?
katakanlah komunis cina dan kapitalis inggeris - kedua2nya tak beragama. tapi aku memilih untuk bersama rakyat tertindas!